Ramai yang masih ragu-ragu untuk mencuba UBUNTU meskipun sistem operasi komputer ini adalah percuma. Mende alah UBUNTU ni bukan macam LINUX zaman dulu-dulu dah. Sekarang ni semua dah ada GUI (Graphic User Interface). Meskipun macam tu, ramai lagi pengguna LINUX yang lebih sukakan penggunaan TERMINAL berbanding GUI. Kata mereka… kalau gunakan terminal lebih cepat dan nampak expert.

Kalau nak bercerita perkara yang perlu dilakukan sebelum beralih sistem operasi komputer, rasanya semua dah tau. Baik cerita apa yang kita kene buat lepas install LINUX UBUNTU. Perkara ni sebenarnya tak wajib pon. Sejurus lepas install, UBUNTU anda semua dah boleh beroperasi sama macam Windows. Pada paparan kali ini saya nak berkongsi sedikit tools yang saya gunakan bagi memudahkan saya mengendalikan komputer berasaskan sistem operasi UBUNTU.

Print Screen – Seperti yang telah dicatat pada catatan yang lepas, saya cadangkan anda menggukan SHUTTER. Aplikasi ini membolehkan anda melakukan print screen dan terus memuat naik ke laman penyimpan imej secara percuma. Dalam aplikasi ini anda boleh lakukan:-

  1. Membuat pilihan print screen –  (Region Select)
  2. Membuat “tetanda air” – Watermark (mbuahahah… pelik bunyik kalau translate)
  3. Potong imej – CROP
  4. Kecilkan/Besarkan skala imej – RESIZE
  5. Muat-naik imej ke ImagesHack – UPLOAD IMAGE
  6. Gunakan pautan imej untuk website anda – IMAGE LINK
  7. dan macam macam lagi yang saya belim masih terokai (I’m sorry…)

Untuk mendapatkan aplikasi shutter, taipkan:- sudo apt-get install shutter

WINE – Bagi yang masih jugak rasa rindu dengan applikasi Windows, maka anda boleh la pakai WINE ni. Wine ni macam GAME Emulator fungsi dia. Ingat tak macam mane nak main game arcade lame-lame kat komputer? Alah… macam game Super Mario tu??? Haa… WINE ni same la fungsi dia macam ROM EMULATOR tu. Tapi dia khusus untuk memasang aplikasi Windows kedalam UBUNTU.

WINE ini tidak memabukkan. Sila taip di terminal anda:- sudo apt-get install wine

MACBUNTU – Nak beli MACBook mahal sangat la. Tapi jangan risau, UBUNTU pon boleh jadi MAC. Muat turun saja themes MACBUNTU 10.10 di sini. Semua enviroment MAC tersedia ada. Jangan lupa untuk gunakan COMPIZCONFIG, aplikasi yang digunakan untuk TWEAK paparan MACBUNTU anda.

Avant Window Navigation – Ye tuan tuan dan puan puan… yang ini lah yang orang dok carik. Docking Application yang sangat stable. Terdapat banyak tetapan dapat dilakukan pada docking ini, daripada transparency DOCKER sampai la WIDGET yang nak diletak. Semua dapat dilakukan.

Rasanya cukup sampai di sini dulu perkongsian kita pasal UBUNTU untuk kali ni. Saya masih lagi baru UBUNTU. Memang banyak lagi perkara belum saya terokai. Buat masa ni nak kaji lebih-lebih, memang tak tak cukup masa la. Setakan jadi pengguna biasa jer.

Nota: Dah lame sangat tak menulis macam ni. Jujur saya cakap… “Blogger Kita” dah kehilangan rentak menulis. Termasuklah saya sendiri. Evolusi media sosial sedikit sebanyak menenggelamkan kemahiran menulis.