Salam ceria dan salam bahagia. Sejak lewat kebelakangan ni, saya sering bertanyakan pendapat kepada kawan-kawan untuk memajukan blog Aggregator #KakiKomplen ni. Satu blog untuk sumber bacaan yang dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri yang agak cool dan menarik minat untuk anda terokai berbanding sebelumnya. Buat masa ini, saya masih lagi menguji fungsi AUTOPING iaitu fungsi dimana anda akan menerima pingback secara automatik, sebaik sahaja Aggregator #KakiKomplen mendapat artikel anda.

Di sini saya akan kongsikan bersama apa yang terbaru untuk Laman Blog Bacaan Bersama – Sumber Pusat Komplen Malaya. Motif utamanya adalah bukan sekadar komplen, tapi mengumpulkan dan bersama-sama membantu blog rakan-rakan lain untuk berjaya.

Header – Header yang tidak terlampau besar. Dalam masa yang sama, kedudukan iklan penaja (Adverlet dan sebagainya) telah dipindahkan ke bahagian footer. Seterusnya kotak carian diperluaskan untuk memudahkan pengunjung mencari artikel.

POS Terkini – Pos ini terletak dibawah header. Ruangan ini akan sentiasa bersilih ganti dengan blog yang terkini kemaskininya. Jadi, siapa yang rajin update… maka blog dia juga lah yang akan bertakhta di sini. Namun… anda dibahagikan kepada kategori-kategori tertentu supaya konsep aggregator ini dapat dikekalkan.

POS Penaja – Dalam ruangan ini pula dimana letaknya pos penaja. Apa sahaja yang ditulis oleh pihak penaja, akan dipaparkan pada ruangan ini. Rakan blogger yang biasa tidak akan punyai ruangan ini, melainkan anda berminat untuk menjadi penaja KakiKomplen. Ruangan ini tidak dikongsi oleh sesiapa kecuali pihak penaja.

Pos Harian/Pos Biasa – Pos ini juga akan bersilih ganti. Tiada spesifik kategori siapa yang akan berada dalam 8 petak dibawah ini. Ianya diambil dari pelbagai kategori secara rawak yang telah ditetapkan mengikut tarikh kemas kini. Kebiasaannya, pos yang terbaru akan duduk di atas dan begitu jugalah sebaliknya.

Beberapa permasalahan yang umum

  1. Soalan: Kenapa TweetMeme kat #KakiKomplen.com tak berfungsi untuk URL Saya?
    Jawapan: Ini kebiasaan yang terjadi sekiranya anda (blog WordPress) menggunakan plugin Feedburner. TweetMeme ni dia konfuse dengan permalink dari Feedburner dan menganggap URL tersebut sebagai mengelirukan.
    Penyelesaian: Terpulang kepada anda… off kan plugin feedburner dan biarkan WordPress mengawal semua tetapan dan suapan RSS Feed anda.
  2. Soalan: Kenapa ada feed yang dipaparkan bersama gambar thumbnail, ada yang tak da dan ada pulak gambar #KakiKomplen??
    Jawapan: Sila jangan kecik hati untuk pengguna blogspot, saya buat ini untuk WordPress, namun saya mengalukan kedatangan anda di sini. Ini masalah berpunca daripada RSS Feed URL blogspot yang terlampau panjang. Bukan seperti permalink dari WordPress.
    Penyelesaian: Mari kita berpindah kepada WordPress Self Hosting ye..
  3. Soalan: Kenapa bila @KakiKomplen Tweet, entri akan pergi ke Laman KakiKomplen. Kenapa tak macam dulu?
    Jawapan: Ini adalah fungsi aggregator yang saya reka. Kalau orang follow @KakiKomplen terus pergi ke laman asal tanpa melalui Laman KakiKomplen, maka sia-sia sajalah kewujudan laman tersebut tanpa ada orang peduli.
    Penyelesaian: Jangan takut… saya dah setkan URL Redirection selepas 7 saat berada di laman KakiKomplen, pembaca akan terus dibawa ke laman anda secara automatik. Adil bukan???
  4. Soalan: Saya tak da blog, tetapi nak buat aduan dan komplen… Kat mana boleh saya lakukan???
    Jawapan: Anda boleh terus menghantarkan email kepada pihak kami di alamat admin[at]kakikomplen.com ataupon anda boleh salurkan terus  dilaman KakiKomplen di:- http://kakikomplen.com/mari-komplen/
    Penyelesaian: Sila gunakan bahasa yang betul dan sopan. Jangan nak ikut panas hati.. bawak bertenang dan sertakan bukti seperti gambar dan sebagainya.

Ok cukup lah dulu penerangan apa yang terbaru buat masa ni. Eh.. jangan lupa ye.. anda juga sebagai sebahagian komuniti #KakiKomplen. Saya mengalukan pendapat dan cadangan anda. Tak kira la dari segi layout ke… ape ke.. yang anda rasa pikirkan terbaik untuk membantu rakan-rakan blogger yang lain… sila la berbuat demikian kat ruangan komen dibawah ok.

Sebelum saya terlupa… untuk menguji keberkesanan fungsi AUTOPING di #KakiKomplen.Com, saya sarankan anda memasang plugin RSS Footer. Plugin ini berfungsi untuk menulis kembali permalink anda dalam RSS Feed. Laman #KakiKomplen akan mengambil entri anda daripada RSS Feed blog anda dan dalam masa yang sama akan menyalin permalink yang telah di tambah oleh plugin tadi. Dengan cara ini maka terjadilah TEORI AUTOPING.

Nota: Kalau anda ingin membantu rakan blogger anda yang lain.. apa kata bagi saya cadangan penambahbaikan. Bayangkan sumber Aggregator #KakiKomplen ini adalah hak milik kita bersama. Macam duduk dalam rumah… mesti kita ada keinginan… apa lagi.. kasik antam la kat ruang komen kat bawah ye~