Perbuatan mencuri "side mirror" motosikal, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.
Adik-adik yang membaca blog ni sekalian… Nkorang tahu tak perbuatan mencuri side mirror ni boleh mengundang kepada kecelakaan jalan raya terutama kepada penunggang/tuan empunya motor??? Jika disabitkan kesalahan, anda yang mencuri boleh diheret dibawah perilaku membunuh tanpa niat, jika penunggang tersebut terlibat dalam kemalangan jiwa.
Anda yang mencuri boleh dikategorikan sebagai mensabotaj. Faham atau tidak? Disebabkan motor tu dah tak sempurna, jadi ianya menjadi satu masalah kepada penunggangnya untuk memerhati kenderaan dari belakang. Jika dia terlibat dalam kemalangan, awak yang mencuri tu lah salah satu sebab punca kemalangan dia.
Kalau ada diantara adik-adik yang terbaca blog abang ni, abang mintak nko pulang balik side mirror abang yang nkorang rembat semalam. Kalau nkorang pulang sekarang, abang boleh ambik balik, dan maafkan nkorang. Tapi kalau nkorang pulang kat akhirat, nkorang pikul la sampai habis nkorang kene bicara kat padang mashar nanti. Masa tu abang tak boleh nak terima dah.
Thanks,
Azman Ishak.
Rizuan
21/04/2014 @ 10:11 pm
Macam-macam. Side-mirror pun ada orang nak curi. Jadi selepas ni semua mohon mana-mana abang/kakak yang ada motor tu korang bukak masuk ke dalam beg. Tak ada orang nak ambik. Kalau hilang motor kena curi tu tak tau la ye.
Dr House
17/04/2014 @ 4:23 pm
Sama la kita. 2 kali dah kena rembat. Ganti plak kena ganti kiri kanan. Angin betui.
zulkifli
17/04/2014 @ 11:13 am
betul kata penulis di atas ,ketiadaan cermin tersebut menyebabkan kemalangan jugak boleh berlaku ,ianya di panggil blind spot
Hazman Fadzil
16/04/2014 @ 4:14 pm
Bebudak tu dah terlupa yang pakcik nie dah abis zaman merempit…. hehehehe
Mus
14/04/2014 @ 11:49 am
baru juga kena 2 minggu lepas.. sabar jer lah
mohd hanis
13/04/2014 @ 10:20 pm
Tahun lepas ada kes di tempat kerja saya, operator mengamuk side mirror kene curi 😀 bagi orang yang kerja gaji sederhana dan keatas, mg x rasa la nak ganti balik side mirror tu. Tapi bagi orang susah, fikir 2 3 kali jugak nak beli side mirror tu balik. hurmmm kesian jugak tgk dia masa tu..
Yuki Filters
13/04/2014 @ 6:31 pm
Memang kemanapun kita harus selalu menjaga keamanan.. Tq Infonya Mas Azman.
Moms Avenue
12/04/2014 @ 11:59 pm
Ya Allah.. Ada juga yang mencuri side mirror ni.. Hadoiiilah budak-budak zaman sekarang..
akubiomed
12/04/2014 @ 11:53 pm
Agaknya kerja budak baru hendak naik. Berani tidak memberi salam kepada abang kawasan. 😉
Izzuddin Fauzi
11/04/2014 @ 10:19 pm
Macam nie punya orang pun ada -_- Kalau penutup lubang angin yang bullet tu tahan lagi nak curik…
Kujie
11/04/2014 @ 7:17 pm
motor anak kak jie pun pernah dicuri side mirror
dalam kawasan masjid, bila dia pergi sembahyang
mohd yazed
11/04/2014 @ 2:55 pm
Nie semua dugaan nie..sabor ye..
Hairul Azni
11/04/2014 @ 2:06 pm
Adoyai…adik2 rembat dua2 belah ke abang?…
Azman Ismail
10/04/2014 @ 10:32 am
Adeh, boleh pulak dia curi side mirror Unkel. Budak2 nakal la nih hadoi…