Live Update: 31 Dec ’09, 9.24am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Sepatutnya aku dah tak membeli rokok dalam bentuk kotak. Tapi disebabkan untuk menuang minyak motor sebanyak RM3.00, aku terpaksa juga membeli sekotak. Ini gara-gara se-awal pagi di stesen minyak tempatan hanya mempunyai RM50.00 sebagai "floating money" atau nama lainnya modal.
Dengan harapan ini adalah rokok terakhir yang aku isap pada tahun ni. Dan untuk tahun hadapan, iaitu bermula besok hari, aku tidak lagi menjadi seorang perokok. Hari ni adalah percubaan aku melawan ketagihan rokok. Bukan senang untuk berhenti. Aku cuba sebaik mungkin. Beberapa aspek kesihatan selepas berhenti merokok perlu diambil kira. Seperti pengambilan gula dalam makanan, kadar kolestrol, aktiviti sukan dan riadah. Perkara-perkara sebegini kalau tak dititikberatkan, boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain.
Azam tahun baru untuk berhenti merokok memang tak pernah padam. Menjelang tahun depan, insyaallah aku akan bergelar seorang abah. Jadi, aku tak mau rokok mempengaruhi perkembangan persekitaran yang tersayang. Begitu juga dengan si kecik yang bakal dilahirkan.
Orang selalu cakap, perokok ni memang selalu berazam hangat-hangat tahi ayam kalau nak berhenti merokok. Nkorang tak pernah rasa, boleh la cakap macam tu. Patutnya bagi semangat dowh… Bukan memperlekeh usaha kawan-kawan… Perancangan aku untuk berhenti merokok bukan sebab harga rokok naik. Apa yang penting bagi aku sekarang ni adalah keperluan keluarga. Lebih baik duit yang dibazirkan untuk membeli rokok diagihkan kepada keperluan harian keluarga.
Aku cukup bangga bila ada rakan yang tidak merokok. Sama juga dengan rakan yang sudahpun berhenti merokok.
"Rokok beb?" … cuba mempelawa
"eh tak pa lah… Aku dah lama berhenti" balas kawan aku.
Wow… Yup, ianya satu impression yang amat mengkagumkan aku. Macam nak tanye je: "how could you do that?" Jawapan sudah berhenti merokok atau tidak merokok tu, seolah-olah aku sedang menyaksikan David Blame buat silap mata secara live. Memang aku kagum kat kamu-kamu yang memang tidak merokok. Begitu juga yang telah berhenti merokok.
Aku akan teruskan perjuangan aku hari ni dengan gambar di atas sebagai bukti untuk diri aku bahawa itu adalah rokok terakhir. Mungkin juga aku hisap untuk hilangkan tekanan ketagihan. Tapi, tidak lagi rokok berjenama. Atau senang cakap, isap rokok daun je. Itu pun bila berada di rumah. Hanya nak hilangkan tekanan ketagihan nikotin okey~
Tahun baru yang bakal menerjah membawakan banyak perubahan dalam diri aku. Sekarang sudah berdua. Tak lama lagi akan bertiga, insyaallah… Doakan kejayaan aku kawan… dan sama-sama juga kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk rakan kita yang lain.
P/S: Rasanya nak buat entri penutup malam ni. Kalau berkesempatan, mungkin dapat aku catatkan di sini secara ringkas lengkap dengan gambar setiap entri. Kalau rajin la…
P/S2: Eh… Malam ni malam Jumaat la… Hehe… Baru teringat! Nak baca Yassin dengan Cik Adik. Kena balik awai la hari ni… Yehaaa~
Azuan
07/08/2010 @ 10:52 am
Bagus bro.. bukan senang org nak berhenti merokok ni…
.-= Azuan entri terkini blog ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3 =-.
Nine
03/01/2010 @ 6:06 pm
salam bro..
rasa2 kat kotak rokok kena ada gambaq kubuq baru gerun kut..
depa duk buh gambaq tuh aku tak leh berenti lagi hehe..
tahniah la kalo dapat berenti merokok tahun nih… :bagus:
Azman Ishak
03/01/2010 @ 9:52 pm
kalau bubuh gambar neraka pon,
kalau penghisap rokok tuh taknak
berubah.. same jer beb. :lawak-gile:
Piratz
01/01/2010 @ 7:14 pm
Aku baca blog ko nie mesti ade bende aku nak betulkan.. haha…
David Blame =Salah.. David Blaine baru betul…
aku pun nak berenti gak.. tapi semalam pasal tak bawak rokok beli baru.. rabak rm6.70..
bile la nak berenti…
wazy
01/01/2010 @ 6:56 pm
Huhuhu..
Rokok ni ibarat penghilang tension,adeh..ras-rasa nak stop gak hehhe :bongkak:
Azman Ishak
03/01/2010 @ 9:50 pm
keh keh keh…
ni kompom perokok tegar neh :hehe:
Sweet Thinker
01/01/2010 @ 8:09 am
cane dgn malam semalam :kelip:
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:15 am
semalam macam lepas gian isap…
tapi tadek la sampai lebam. gitu-gitu jer~ :sengeh:
azizan4444
31/12/2009 @ 5:09 pm
katakan xnk pada rokok..jimat 40 sen..hahaha
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:14 am
jimat 40sen? hehehe tahun depan
bermula hari ni la.. bakal dijangka rokok
naik lagi.. huhuh :sengeh:
azizan4444
01/01/2010 @ 5:58 pm
nasib baik gwe x mrokok bro…save semua la…hehe
da stat rokok thn baru ke? :sengeh:
Azman Ishak
01/01/2010 @ 6:31 pm
ayo.. untungnye sapa tak merokok. :bagus:
Anysz Sengalnerdz
31/12/2009 @ 4:24 pm
ala..awat x isap..rokok best taw :kelip:
p/s – nasihat ini dibawakan khas oleh seorang insan yang tapenah merokok. HAHA :gile:
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:14 am
chis… kanak-kanak jangan isap rokok.
nanti mak marah. sekolah bagi abes dulu ye :sengeh:
Zul
31/12/2009 @ 3:43 pm
semoga tahun depan ( esok ) azam itu dapat ditunaikan..
hehe…
anyway, selamat tahun baru…
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:14 am
thanks zul.. hang macam mane?
ade citer baru kat blog? kalau ade
jangan lupe paste je link kat sini ok.
tadek masalahnye.
samanosuke_04
31/12/2009 @ 2:30 pm
hehe, kesianlak bila dengar masalah nie.. hoho pepepun goodluck, happy new year! :sengeh:
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:13 am
tau tak pe.. luahan cetusan rase.
pagi ni aku belom merokok lagi taw.
sangat perit.. macam menahan sembelit ar :tention:
cybernetics mind
31/12/2009 @ 9:49 am
cehhh…alasan :hehe:
neway…syabas dgn azam baru tuh…
aku pun dah quit smokingsince May :sengeh:
Azman Ishak
01/01/2010 @ 10:10 am
ni yang membuatkan aku sangat jeles.
hadoi ai. bro amacam? lame tak
dengor berite. blog pon tak mo update
dah. per cer?