Live Update: 30 Dec ’09, 1.31pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Tahun depan aku dapat rasakan yang dugaan bakal ditempuhi makin mencabar. Kesan kejatuhan ekonomi tempoh hari masih lagi aku rasakan. Meskipun sekarang ni ada nampak lah jugak rakyat kita dah kembali mewah berbelanja. Tapi tahukah kita, ada juga rakan kita terus hilang pekerjaan?
Dari apa yang aku lihat sekarang ni, pekerjaan memang banyak. Tapi masalahnya adalah gaji. Kompeni besar-besar memang menyediakan peluang pekerjaan yang tetap. Lengkap dengan kemudahan pelbagai, termasuk rawatan percuma untuk kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan. Malangnya… gaji yang ditawarkan pulak mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kos sara diri. Lebih-lebih lagi nak mengharungi kehidupan kat kota raya. Boleh jadi tertekan juga kalau tak bersedia dari sekarang. Tahun depan, insyaallah nak menimang cahaya mata. Jadi, usaha nak kena lipat ganda lah~
Kadang-kala hidup kita ni ada yang naik, dan ada yang turun. Peluang yang datang pun kadang-kala hanya sekali. Owh kawan-kawan… Aku sebenarnya mendapat tawaran kerja di tempat baru. Secara puratanya, tugas melibatkan website, server, advertising dan designing. Memang pekerjaan yang sebegini aku nak dari dulu lagi. Tapi, boleh ke? Memandangkan ianya merupakan kompeni yang baru ditubuhkan. Baru nak bertapak dan bersaing dalam bidang perniagaan. Kalau bungkus? Aku nak bagi makan apa kat anak bini aku? Adoi ai~
P/S: Risau jugak ne… Suka dengan tawaran. Tapi risau jangkamasa panjang. Apa pendapat kamu?
mnoordin
01/01/2010 @ 11:14 am
>risiko ada di mana-mana, blogging dalam rumah ke, atas motor ke.
>pasal duit, ada yang kata risiko kecil, rezeki kecil.
>mungkin betul kenyataan bahawa kategori orang makan gaji risiko sentiasa tinggi.
>tak kan nak terus tradisi makan gaji selamanya…
Azman Ishak
01/01/2010 @ 6:28 pm
tradisi makan gaji? hahaha
bagus betoi komen neh. memang nak
mewujudkan satu perniagaan. tapi
masih belum cukup modal dan pengalaman.
tunggu sikit masa lagi :sengeh:
Dr House
31/12/2009 @ 10:31 am
Dah 4 tahun dah aku keja kat company skang. Rasanya nak tukar kerja memang lambat lagi la. Company yang aku kerja ni boleh dikatakan agak baru juga. Memang best jadi pioneer sebab pandangan kita lebih diterima berbanding dengan junior. 😉
Azman Ishak
31/12/2009 @ 8:36 pm
pioneer? istilah apakah ini? hehehehe..
singguh terkujat dengan istilah ni. maklum
la aku ni belajar pon tak tinggi.. pasal tuh
kene kerja kuat. :sengeh:
Najib Hassan
30/12/2009 @ 1:42 pm
kena ambil risiko bro~ tembah2 lagi company baru..tengok dulu mcm mana dia punya modal cycle and tengok profit dulu..kalau rasa company tu boleh tahan 4-5yrs lagi y not try dulu.
Azman Ishak
30/12/2009 @ 9:34 pm
yup… sedang mengorek-ngorek jugak
apa sebenarnya perniagaan yang depa buat ni.
macam mane dengan strategi depa. apa future planning…
banyak perkara nak kene tengok untuk kompeni yang
baru.. lebih lebih lagi mereka menggunakan 100% teknologi
sedia ada. banyak tuh depa melabur. pulangan? itu yang aku
dok risau setakat ni. :tunggu:
ejam
30/12/2009 @ 1:35 pm
sykt baru, jd golongan pioneer mmg best tapi nk survive tu mcm sakit skit…melainkan mmg dh ada kontek yg dibawa utk jd klien…
istiharah ler nmpk gayanya…cara yg terbaik minta petunjuk…
Azman Ishak
30/12/2009 @ 9:32 pm
macam tak boleh nak dapat jer.
hahaha.. requirement terlampau tinggi.
kalau ade rezeki baby, insyaallah kot.
memang aku minat sangat dengan skop kerja.
tapi agak tough as a designer n a developers.
untuk developers aku ni kurang experience.
kalau diberi peluang.. mungkin ini experince yang
aku cari :sengeh: