Live Update: 16 Aug ’10, 4.23pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Kalau bagi penjelasan dengan teliti, maka hasilnya tak perlu la saya sampai tiga kali ulang alik datang terkejar-kejar macm orang gila disebabkan satu borang yang mengelirukan dan tersalah faham.

Petugas di kaunter 1 dan 2 ini beranggapan saya tau nak carik borang apa. Dia cuma maklumkan saya borang agreement nak kena renew. Jadah apa aggreemen pun tak bagi tau. Jadi saya ingat agreement perumahan.

Bila dah sampai pejabat perumahan dia cakap, borang agreement perumahan tak payah isi 2kali. Kalau tak, konfem la kena byar duit guaman berbagai, jadah dengan tah ape fees lain. Kejap lagi jadi berdouble pulak bayaran rumah.

Kalau akak kat kaunter 1 dan 2 ni tunjuk contoh borang yang perlu di isi besama pengesahan technician berdaftar, mungkin saya akan bertanya lebih lanjut, mana nak carik borang tu, sapa nak sain, sapa boleh saya hubungi. Jadi saya cuma harap, kita tak boleh la anggap semua pengguna kita peka lebih-lebih lagi pengguna baru macam saya.

Nota: Tak kira lah awak penyedia khidmat apa sekalipun, hati pelanggan kena la jaga. Awak jangan la ingat sistem papan notis awak yang canggih tu ada orang nak baca pulak.

Nota 2: Saya mungkin boleh bersabar lagi sekiranya petugas di kaunter 2 bercakap dengan penuh hemah. Tapi malangnya dia baru berkenalan dengan saya. Satu TNB Manjung bergema suaraku bak GEMPITA. Cube la buat lagi ye…