Misi dimulakan dari Lorong Hj Taib, Kuala Lumpur
Misi dimulakan dari Lorong Hj Taib, Kuala Lumpur

Masih tidak terlambat untukku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan-rakan di alam maya yang mengenali aku. Tak kira kamu kenal aku secara langsung atau tidak, aku harapkan dengan kehadiran Syawal ini, moda dapat kita eratkan lagi tali persahabatan.

Amin…. Amin… dan Amin…. Semoga berjumpa lagi Ramadhan. Kalau kita cakap, sedih dengan peninggalan Ramadhan, nanti orang kata kita riak plak. Dah la tulis kat blog kan… amboiihhh kemain macam tawadok sangat. Tapi, alhamdulillah… aku persetankan semua apa orang nak kata. Aku bermohon dengan Yang Maha Esa, moga dijauhkan sifat riak itu dari aku.

Sebenarnya, tahun ini betul-betul berbeza cara aku melalui bulan Ramadhan. Disamping amalan berpuasa seperti biasa…. Tapi boleh ku katakan, ianya sebagai bulan membentuk keperibadian untuk kembali semula kepada fitrah. Setelah sekian lama mengejar impian duniawi, akhirnya bulan Ramadhan banyak mengajar erti penghayatan akan kehidupan.

Amirul Azhar yang ditahan di wad kanak-kanak
Amirul Azhar yang ditahan di wad kanak-kanak

Aku diuji dengan ujian kesihatan… kesihatan anak ku yang berusia 2 tahun. Di tahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Di saat rakan-rakan aku yang lain berbuka puasa bersama keluarga di rumah, aku dan keluarga ku berbuka di hospital. Namun aku bersyukur, ini hanya sekelumit ujian dari Maha Agung.

Ekoran serangan Zionis terhadap Gaza, menambahkan lagi kedukaan… hanya mampu ku “skroll” butang tetikus dengan laju tiap kali ada gambar mengenai warga Gaza/Palestine yang terkorban atau tercedera dipaparkan di Facebook. Kesian… dan sangat kesian. Tak sampai hati nak tengok.

Dari rentetan kisah ke Gaza, maka kembali ke dalam negara dengan masalah GELANDANGAN di ibu kota. Terdapat salah faham atau kekufuran apakah yang sedang berlaku? Aku kurang pasti mengenai perkara ni. Namun, aku diteman oleh rakan seperjuangan untuk bersama turun padang melaksanakan misi kami di Bulan Ramadhan.

Bersama-sama dengan rakan seperjuangan untuk turun padang.
Bersama-sama dengan rakan seperjuangan untuk turun padang.

Subhanallah… aku kelu untuk berbicara pengenai perasaan dan pengalaman tersebut. Hajat ku simpan untuk masa hadapan di dalam kotak minda. Satu kenangan manis. Tersangat manis dan indah. Tiada perasaan di dunia mampu aku gambarkan bertentang mata dengan mereka yang betul-betul membuatkan aku insaf.

Adakah kita kurang bersyukur, atau masih ingin memuaskan hati dengan segala ujian dan cobaan? Masih mengejar sesuatu yang tak pasti dengan alasan kita semua perlu berubah? Tanya pada diri…. apakah tujuan matlamat dicari.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, setiap hari masih juga disulami dengan kemaskini dari Aman Palestine. Tiap kali tu mulut akan terkumat kamit seolah-olah kalau dapat… akan disiat-siat kulit askar Zionis. Beraya dalam keadaan sederhana. Ada masa gembira, ada masa teringat kembali saudara sesama Islam yang sedang berjuang.

Poster boycott barangan/produk Israel dari AI MEDIA NETWORK
Poster boycott barangan/produk Israel dari AI MEDIA NETWORK

Rata-rata dari rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam menunjukkan solidarity kepada penduduk Gaza. Ianya satu perkara yang baik. Walaupon ada yang menganggap ianya sebagai trend masa kini. Begitu juga dengan BOYCOTT. Pesan ku, sekiranya tidak mampu kesemuanya… maka lebih baik ada satu, daripada tidak berusaha langsung.

Ada yang asalnya orang Melayu, tapi merasakan diri terlampau URBAN untuk memboikot Israel mahupon menyatakan tidak kepada StarBuck sekalipun. Mereka sayang untuk meninggalkan gaya Eropah mereka. Barangkali malu akan diejek oleh rakan.

Sudah la… kau minum “White Coffee” sekalipun, punggung kau tetap hitam! – #PROBLEM?