Tajuk gempak tak hingat kat. Dah alang-alang nak membina jenama pada kata kekunci tertentu, jadi apa salahnya jika buat tajuk sedemikian? Tak salah… ok kita tinggalkan bab tajuk. Hari minggu yang teramat tidak berapa nak layan. Sebabnya kepenatan pada hari Khamis pergi Dataran Merdeka untuk tangkap gambar.
Lepas tu, aku tanye kawan-kawan sealiran… masing-masing kata, minggu ni, depa nak peram. Tak mau keluar rumah. OK FINE! Hahahaha… jadi aku pon macam biasalah, mempraktikkan skill yang ada dirumah je. Daripada bermain kamera dan speedlight… sampaikan melukis freehand menggunakan WACOM dan Photoshop. Dalam pada tu, sempat jugak aku bawak keluarga lepak kedai mamak petang ni. Meskipun makan kalut tak hengat sebab anak dah tak mau duduk diam.
Jadi untuk tema minggu ni, aku ulang-kaji pelajaran “Pencayaan dan juga speedlight” Hasilnya pada gambar nombor satu perenggan pertama tu. Gambar hok tu, aku dah adjust contra, brightness, sharpness semua jadah tu kat Lightroom. Seterusnya, aku masukkan dalam Illustrator untuk meletakkan text.
Lepas dah bosan dan dah takdak subjek…. aku terus je capai pen Wacom…. sebabnya terlintas idea? Tadi siang, masa aku melintas-lintas kat timeline dalam Facebook, aku ternampak sorang brader ni share ARTWORK dia dalam group. Jadi aku pon agak kagum jugak la dengan freehand sketch dia. Lepas tu dia kata, sekarang ni dah banyak tutorial dalam youtube. Tak macam zaman dulu. Haahh kan? PLING… terus aku GOOLGE SKILL… dannn… inilah antara hasilnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan karikatur atau dalam bahasa Inggerisnya adalah: Caricature:-
A caricature is a rendered image showing the features of its subject in a simplified or exaggerated way. – Sumber WIKI untuk carian Caricature [sila klik pada pautan ini]
Sebenarnya ini adalah diantara skill yang dah lama aku tak gilap. Kesian… rasa sayang untuk ditinggalkan begitu saja. Sekurang-kurangnya, boleh jugak buat anak ralit tengok abah dia melukis. Orang kata, kepandaian melukis ni adalah bakat semula jadi. Aku agak tak berapa nak setuju.
Mungkin betul dan mungkin tidak. Contoh tidak adalah aku sendiri. Aku dilahirkan bukan pandai melukis. Dan aku tak pernah terpikir untuk minat melukis. Sampailah masa sekolah rendah dulu, kawan aku, dia anak cikgu pendidikan seni… dia sangat pandai melukis komik. Dari sini timbul minat aku untuk melukis karekter kartun dan komik. Dari minat seterusnya mengasah bakat. Kannn…. nampak dak?
Boleh nampak perbezaan dia kan? Bila dah semakin prektis… detail dia semakin baik. Itu sebab aku kata, perkara yang berasaskan kesenian macam ni.. nak kene selalu prektis.. Kalau tak.. still tu lari….Susah pulak nak kejar. Perhatikan gambar lakaran dari satu sampai ke tiga… ada perbezaan di situ. Itu pon kalau perasan hahaha. Ok bye. Besok nak kerja, jadi malam ni izinkan acik masuk bakul dulu!
tejo
26/10/2016 @ 8:52 pm
makasih bos infonya dan salam sukses selalu
jaka
26/10/2016 @ 8:51 pm
mantap mas infonya dan sangat bermanfaat
mawardiyunus
01/08/2014 @ 4:44 pm
Nice artwork. Selamat Hari Raya Bro
Azman Ishak
01/08/2014 @ 5:33 pm
Mawardi, selamat hari raya :D.
p/s: artwork content-content je.
Hafiz Rahim
08/05/2014 @ 4:56 pm
Smart bro lukis..aku bab lukis2 ni memang out la. hahaha
Azman Ismail
06/05/2014 @ 3:40 pm
Seni sungguh, tangan aku mmg kerassss…….dah asah, kalau lukis orang jadi muka monyet la pulak kang hahahha..
akubiomed
05/05/2014 @ 1:34 pm
Rajin menconteng ada pensil digital kalau guna mouse mahu masak. 🙂
Azman Ishak
06/05/2014 @ 9:54 am
kalau guna mouse… memang senduk la jadi dia.. haha
Hairul Azni
05/05/2014 @ 4:04 am
Ada jugak timbul niat nak belajar melukis dulu..tapi sampai sekarang tak tercapai lagi..
Azman Ishak
06/05/2014 @ 9:59 am
boleh je bro. asalkan ada keinginan.. dan terus capai pensel..