Agak lewat melepaskan entri ni. Masalah yang dialami sebab tadek orang nak take-care Amirul. Seboleh baik pembahagian masa dan keputusan perancangan keluarga, dibuat oleh aku 100% tanda mendapat “guide” dari orang berpengalaman. Tak pe la, ini adalah tugas yang perlu aku pikul setelah bergelar seorang ayah kepada dua orang anak. Tugas membasuh uri ni tak […]
Owh ye… untuk yang terlepas tweet semalam. Ini la dia adik Amirul.
Agak lewat melepaskan entri ni. Masalah yang dialami sebab tadek orang nak take-care Amirul. Seboleh baik pembahagian masa dan keputusan perancangan keluarga, dibuat oleh aku 100% tanda mendapat “guide” dari orang berpengalaman. Tak pe la, ini adalah tugas yang perlu aku pikul setelah bergelar seorang ayah kepada dua orang anak.
Tugas membasuh uri ni tak semua yang sanggup. Biasanya orang akan serahkan pada mak mertua, mak sendiri ataupon mak bidan. Kalau rakan-rakan yang belum beragama Islam, apa yang aku faham, mereka akan serahkan placenta ataupon uri tu kepada pihak hospital untuk diuruskan. Tapi bagi kita orang Melayu, lagi-lagi yang muslim, eloklah bapak-bapak yang buat.
Ada yang takut darah? Amboih… masa sedap, tak ingat pon semua tu kan… Masa suruh cuci uri, macam-macam plak alasannya. Kata lelakiiii… kata bapak orang… jadi? Buktikanlah! Hahahaha…
Persediaan untuk membasuh uri ni adalah:
Pastikan anda membeli “kain putih mentah” biasanya kain baju sekolah tu. Bukan jenis kain licin tau.
Pastikan anda mempunyai bekas untuk membasuh uri. Takkan nak basuh atas lantai.
Limau nipis & garam kasar.
Air yang banyak. Perlu air yang mengalir.
Mengadap Kiblat, dan mulakan dengan bismillah serta berselawat ke atas nabi.
Sediakan bahan-bahan. Perah limau nipis untuk kurangkan bau darah.Masukkan placenta/uri kedalam bekas, dan alirkan air supaya darah yang masih basah mengalir keluar..Ini lah dia rupa placenta/uri tu setelah darah yang basah tu dialir dengan air.Sambih-sambil buang darah beku tu, kalau bau darah, perahkan limau nipis.Pastikan air sentiasa mengalir semasa membasuh placenta/uri.Ya adik-adik ku sekalian. Lihatlah… ini sebahagian pengorbanan ibu kamu untuk kamu!Wahai para bapak-bapak… ini adalah tugas anda juga. Jangan serahkan pada orang lain.Basuh bersih-bersih sehingga hilang darah beku tu. Sekadar termampu.Pastikan selaput pacenta dibersihkan. Berhati-hati, jangan sampai terhancur placenta/uri tu plakPastikan juga, jika bahagian dalam placenta telah terdedah, celah rekahan tu dibersihkan dari darah beku atau darah yang masih mengalir.Orang tua-tua kata la.. nak tau anak kita ade berapa, kira la biji itam tu. Kekeke… khurafat!Ok… dah hampir siap. Pastikan tiada lagi darah yang mengalir. Kadang-kala, darah beku tu memang tanak tanggal. Cuba bersihkan seboleh mungkin.Jangan lupe sebelum bungkus dengan kain putih tu, taburkan garam kasar untuk mempercepatkan proses penyejatan dan limau nipis untuk buang bau darah.
Proses keseluruhan menbambil masa lebih kurang dalam setengah jam hingga 45minit. Ini berngantung pada kondisi placenta/uri itu sendiri. Kepada bapak-bapak yang memang basuh placenta anak, saya tabik sama anda.
Nota: Lepas dah siap bungkus tu, jangan lupa tanam pulak ye. Kang ade pulak yang simpan dalam peti ais. Tanam mengadap kiblat. Biar gali dalam sikit. Ok!
Diingatkan kepada sesiapa yang mengalami lemah semangat, mudah nak pitam... takut tengok darah... sila jangan baca selanjutnya. Catatan pada kali ini adalah catatan peribadi yang mungkin boleh menimbulkan rasa ketidak selesaan sesetengah pihak. Kepada remaja-remaja sekalian yang sudah akhil baligh, saya dedahkan ini untuk pengetahuan anda. Hargai dan hormati ibu…
Bila aku sembang nak keluar berjumpa Acik Hidup Biar Sedap ni, ade je dok kata tak hajak la, itu la ini lah. Kau gile, nak jumpe acik ni nak kene buat appointment bagai tau. Hahahaha banyak lapisan nak kene approved. Hanya yang cemerlang saia boleh berjumpa. Kah kah kah. Antara…
Kalau bercerita bab puasa yang bukan bulan Ramadhan ni... erm, agak ramai dah orang paham. Lagi-lagi orang tu "kategori orang dewasa". Eh, budak-budak sekarang pon ade yang dah paham taw.. tak caya.. tengok je la nanti. Malas nak komen panjang pasal tu. Tapi jauh kat sudut hati, memang rindu la…
biasanya kalau ada mak mertua, memang mak mertua akan suruh bapaknye yang basuh. kekekeke.. jarang sangat kalau orang kampung dia kasik kat org lain. ade setengah tu, mak bidan uruskan. bergantunglah pada keadaan. macam saya, tadek sapa dah nak boleh buat. memang kene buat sendiri. hahaha!
terima kasih wazi. erk.. bila nak kawen ni. hehehe.. jemput-jemput la kami na. tapi kalau buat kat johor.. alamat, tak sampai la. sila carik awek orang KL lulz~
bukan uri tu yang mengadap kiblat.. hang tu yang kene mengadap ke arah kiblat. hadeii… tak pe tak pe.. soalan yang baik. uri bukan ade kepala nak mengadap kiblat. agak munasabah soalan di atas. hahaha
masa amirul itu hari… saya dapat task of list dari mak mertua akak saya. dia guide. saya pon beli la barang yang diperlukan. so dah ada pengalaman.. kali ni… uruskan dah tadek kekok dah. tadek rasa creepy ke ape ke masa basuh.
Salam, comelnyaaa adik Amirul, putih melepak tu macam maknya. teringat masa Aiman dulu, suami juga yang basuh Uri, masa Haziq dulu bidan yang buat sebab bersalin dan berpantang kat kampung (Sabah).
kecik hati taw… bapak dia hitam sangat ke? hahahaha…
p/s: kita dah tadek alternatif lain. so memang kene basuh sendiri la jawabnye. erk.. berapa biji ade kat tali pusat tu? hehehe mitos orang tua-tua kata jumlah anak kat situ. lol~
13/07/2013 @ 12:37 am
masih ingat lagi macam mana tekstur uri tu di tangan..hihi
titan
13/07/2013 @ 12:30 am
Saya telah membaca post ini.
13/07/2013 @ 12:29 am
serius..gua dapat ilmu baru ini malam. terima kasih tuan!
12/07/2013 @ 11:11 pm
hohoho seram lak tengok, tapi kena hadapi jugak thanks bro
12/07/2013 @ 10:42 pm
masa basuh uri tu tak ambil gambar pun sebab dah lewat sangat.tanam pun pukul 11mlm.takde sapa nak jadi cameraman..huhu
12/07/2013 @ 11:12 pm
mujur kol 11 kalu kol 12? wahahaha
Mahazir
24/12/2012 @ 9:10 am
Saya telah membaca post ini.
24/12/2012 @ 9:09 am
terima kasih .info yg menarik.mohon untuk di ambil rujuk
05/12/2012 @ 1:34 pm
Tak susah basuh uri. Uri anak saya cuci sendiri sahaja.
11/12/2012 @ 12:20 pm
biasanya kalau ada mak mertua, memang mak mertua akan suruh bapaknye yang basuh. kekekeke.. jarang sangat kalau orang kampung dia kasik kat org lain. ade setengah tu, mak bidan uruskan. bergantunglah pada keadaan. macam saya, tadek sapa dah nak boleh buat. memang kene buat sendiri. hahaha!
MyJourneyMyPhoto
14/11/2012 @ 11:12 pm
Saya telah membaca post ini.
donnyien
14/11/2012 @ 2:19 am
Saya telah membaca post ini.
14/11/2012 @ 2:19 am
comelnya adik amirul.. semoga sentiasa sihat.. tugasan ni memang suami yang perlu buat.. memang tabik sama bro
10/11/2012 @ 8:09 pm
Tahniah bro,Amirul dah dapat adik,rasanya kali ke-2 baca entri ni,ok saya bookmark sekali lagi untuk rujukan pada masa akan datang
10/11/2012 @ 8:16 pm
terima kasih wazi. erk.. bila nak kawen ni. hehehe.. jemput-jemput la kami na. tapi kalau buat kat johor.. alamat, tak sampai la. sila carik awek orang KL lulz~
12/11/2012 @ 5:06 pm
Sama-sama bro,hehe ada jodoh dengan orang KL ok jugak =)
10/11/2012 @ 7:58 pm
Kena bookmark nie.. Mane la tau diperlukan nanti…
10/11/2012 @ 8:05 pm
Soalan : Macam mana nak ngadapkan kiblat uri tue? Errr…
10/11/2012 @ 8:08 pm
bukan uri tu yang mengadap kiblat.. hang tu yang kene mengadap ke arah kiblat. hadeii… tak pe tak pe.. soalan yang baik. uri bukan ade kepala nak mengadap kiblat. agak munasabah soalan di atas. hahaha
10/11/2012 @ 8:07 pm
ye… anda pon akan alami perkara ni nanti. kalau tadek sapa nak uruskan.. maka tanggung jawab ni ke atas bapa la jawabnye.
10/11/2012 @ 2:37 pm
First time tengok orang basuh uri. InsyaAllah akan dipraktikkan bila tiba masanya nanti 🙂
Loq
10/11/2012 @ 2:33 pm
Saya telah membaca post ini.
10/11/2012 @ 2:33 pm
Ini rupanya step-step membasuh uri. InsyaAllah akan buat bila tiba masanya 🙂
10/11/2012 @ 2:27 pm
ketiga tiga anak kak jie, suami yang buat. dia kata mak dia yang suruh dan bagi panduan. mmg sepatutnya itu bahagian suami yang uruskan.
uri tu bukan benda kotor, organ penting semasa proses pembesaran anak dlm perut ibunya.
10/11/2012 @ 8:09 pm
masa amirul itu hari… saya dapat task of list dari mak mertua akak saya. dia guide. saya pon beli la barang yang diperlukan. so dah ada pengalaman.. kali ni… uruskan dah tadek kekok dah. tadek rasa creepy ke ape ke masa basuh.
10/11/2012 @ 2:22 pm
Salam, comelnyaaa adik Amirul, putih melepak tu macam maknya. teringat masa Aiman dulu, suami juga yang basuh Uri, masa Haziq dulu bidan yang buat sebab bersalin dan berpantang kat kampung (Sabah).
10/11/2012 @ 2:28 pm
kecik hati taw… bapak dia hitam sangat ke? hahahaha…
p/s: kita dah tadek alternatif lain. so memang kene basuh sendiri la jawabnye. erk.. berapa biji ade kat tali pusat tu? hehehe mitos orang tua-tua kata jumlah anak kat situ. lol~