Ikan tu... bila air dah penuh dalam mulut dia.. dia curahkan kat bawah. best betul

Dah dekat seminggu dah kot ceirta ni. Minggu sudah la ni punye citer dia… Mama Amirul tetibe jer ajak aku pergi mandi kat Bukit Gambang Water Park dengan kengkawan tempat kerja dia. Aku pon yang dah sememangnya bosan, terus aja kata jommm… bergegas bersiap…. ade jugak la pelawa si HeyMijie, mane la tau.. kot kot dia nak ikut ke. Mamat tu bukan boleh bawak kira. Jap lagi kalau tak pelawa kang, sampai ke Tanjung Bidara dia tu merajuk. Jiwa kristal la katekan.

Dah pelawa, tapi tadek sapa nak ikut.. aku ters jer la ke stesen berkumpul iaitu kat Hentian Gombak. Sebenarnya kalau boleh nak avoid bercuti ke Pahang tu. Dah rasa macam balik kampung la plak. Dah sah-sah rumah abah kat Maran jer. Tapi hari tu tak singgah pon rumah abah sebab tadek sapa. Sesampai kat Bukit Gambang Water Theme Park tu… FFffuuuuu… air menymbah-nyimbah macam suruh time-time tu jugak join berkubang.

Ni lah dia.. puas jugak kalau kene simbah bawah ikan ni. hahaha...

Boleh aku kata… memang best jugak la.. semua mende aku naik dari kolam kanak-kanak sampai ke puncak gunung. Dari bawah bukit… sampai la ke gelongsor yang kene naik 5 orang dalam satu pelampung tu.. itu pon aku naik.. siap bawak Amirul lagi duduk dalam pelampung tu. Tapi aku peluk kuat tak hengat la. Nak naik gelongsor pelampung tu dah satu hal.. kene mendaki puncak bukit. Tinggi Ya Rabbi…

Gambar kali ni tak banyak la peluang aku nak tangkap dengan feel. Cume main bubuh jer sebab feel mandi-manda kat sana membuatkan aku lupe terus untuk bergambar. haha. Kemudahan pon mudah kat sana.. ade tempat makan… pakai scanner barcode untuk bayar. Boleh main topup-topup lagi kalau kredit tak mencukupi kat barcode tu.

Seronok kat tempat ni.. walaupon kolam kanak-kanak.. tapi bapak dengan mak kanak pon join sama
Gelongsor ni biasa je ni.. tak sepawer yang kat atas bukit. Kalau yang tu kene naik dalam 5-6 orang
Bayar sekali jer RM15.00± semua boleh main...Murah. Sebab masa ni Kolam Ombak renovate.
Water Theme Park kalau tak layan pelampung dalam longkang memang tak sah. Kat sini.. longkang dia sangat panjang untuk satu pusingan.
Kawasan parking... ada yang dalam bangunan dan ade jugak yang kat luar. Memang tak perlu berebut.
Makanan tak dibenarkan masuk. Tapi beli kat sini pon murah. Duit transfer masuk barcode. Nanti scan je masa beli.

 NOTA: Itu la dia… kalau dah moody untuk beronline ni.. cakap pon merapu. Emosi agak terganggu sejak kebelakangan ni.

P/S: ISU statement di FB? Hurm… hentah la labuuu~