Dah dekat seminggu dah kot ceirta ni. Minggu sudah la ni punye citer dia… Mama Amirul tetibe jer ajak aku pergi mandi kat Bukit Gambang Water Park dengan kengkawan tempat kerja dia. Aku pon yang dah sememangnya bosan, terus aja kata jommm… bergegas bersiap…. ade jugak la pelawa si HeyMijie, mane la tau.. kot kot […]
Ikan tu... bila air dah penuh dalam mulut dia.. dia curahkan kat bawah. best betul
Dah dekat seminggu dah kot ceirta ni. Minggu sudah la ni punye citer dia… Mama Amirul tetibe jer ajak aku pergi mandi kat Bukit Gambang Water Park dengan kengkawan tempat kerja dia. Aku pon yang dah sememangnya bosan, terus aja kata jommm… bergegas bersiap…. ade jugak la pelawa si HeyMijie, mane la tau.. kot kot dia nak ikut ke. Mamat tu bukan boleh bawak kira. Jap lagi kalau tak pelawa kang, sampai ke Tanjung Bidara dia tu merajuk. Jiwa kristal la katekan.
Dah pelawa, tapi tadek sapa nak ikut.. aku ters jer la ke stesen berkumpul iaitu kat Hentian Gombak. Sebenarnya kalau boleh nak avoid bercuti ke Pahang tu. Dah rasa macam balik kampung la plak. Dah sah-sah rumah abah kat Maran jer. Tapi hari tu tak singgah pon rumah abah sebab tadek sapa. Sesampai kat Bukit Gambang Water Theme Park tu… FFffuuuuu… air menymbah-nyimbah macam suruh time-time tu jugak join berkubang.
Ni lah dia.. puas jugak kalau kene simbah bawah ikan ni. hahaha...
Boleh aku kata… memang best jugak la.. semua mende aku naik dari kolam kanak-kanak sampai ke puncak gunung. Dari bawah bukit… sampai la ke gelongsor yang kene naik 5 orang dalam satu pelampung tu.. itu pon aku naik.. siap bawak Amirul lagi duduk dalam pelampung tu. Tapi aku peluk kuat tak hengat la. Nak naik gelongsor pelampung tu dah satu hal.. kene mendaki puncak bukit. Tinggi Ya Rabbi…
Gambar kali ni tak banyak la peluang aku nak tangkap dengan feel. Cume main bubuh jer sebab feel mandi-manda kat sana membuatkan aku lupe terus untuk bergambar. haha. Kemudahan pon mudah kat sana.. ade tempat makan… pakai scanner barcode untuk bayar. Boleh main topup-topup lagi kalau kredit tak mencukupi kat barcode tu.
Seronok kat tempat ni.. walaupon kolam kanak-kanak.. tapi bapak dengan mak kanak pon join samaGelongsor ni biasa je ni.. tak sepawer yang kat atas bukit. Kalau yang tu kene naik dalam 5-6 orangBayar sekali jer RM15.00± semua boleh main...Murah. Sebab masa ni Kolam Ombak renovate.Water Theme Park kalau tak layan pelampung dalam longkang memang tak sah. Kat sini.. longkang dia sangat panjang untuk satu pusingan.Kawasan parking... ada yang dalam bangunan dan ade jugak yang kat luar. Memang tak perlu berebut.Makanan tak dibenarkan masuk. Tapi beli kat sini pon murah. Duit transfer masuk barcode. Nanti scan je masa beli.
NOTA: Itu la dia… kalau dah moody untuk beronline ni.. cakap pon merapu. Emosi agak terganggu sejak kebelakangan ni.
Ini lah orang kata bersusah dahulu... bersenang-lenang belum tentu. Tapi tak baik... tak baik salahkan ketentuan Tuhan. Sambutan malam tahun baru 2012 untuk aku dimulakan dengan kereta breakdown. Malam tu orang mungkin sedang berpusu-pusu nak pergi sambut tahun baru. Sedangkan aku, mama Amirul dan jugak Amirul Amin berpeluh peluh kami…
Minggu lepas... saje buat addhoc punye planning nak balik kampung. Dari hari ke hari nak update citer ni.Tapi.. semedang jer sebok. Terus terabai blog macam rumah tadek penghuni. Senyap sunyi terus. Bertolak balik ke Pahang hari Sabtu malam miggu. Itu pon lepas Cik Adik balik dari kerja. Sekali kene shift…
Minggu ni macam agak berat nak keluar... antara malas dengan rajin. Aku tweet @HeyMijie.. dia kata nak jadi "Padiappak" dulu sementara nak pikirkan sama ada nak keluar ke tidak. Macam tadek motif, kami berpakat nak "Street Photos" kat KLCC. Cadang pada mulanya nak ke Taman Tasik Titiwangsa... tapi rasa macam…
This is a great place to have a vacation with your family! Kids will love to swim in this so wide swimming pool and slides.
Thanks for sharing your photos!
kalau aku kan confirm sekeping pun tak ambil gambar sbb nak kejar fahim, maklum la dia tu exicited nak main air…dan jawabnya kalau masuk pagi petang baru nak balik
09/03/2012 @ 8:01 pm
mcm best je tempat tuhhh rase nak pegi lah 🙂
11/03/2012 @ 12:28 pm
pergi le. bawak family… memang syok.
08/03/2012 @ 11:41 am
Seronok dapat mandi manda kat tempat macam ni,.sambil beristirehat dapat juga luangkan masa brsama keluarga
19/03/2012 @ 6:14 pm
ye.. tahu tak mengapa. kalau nak rest.. mesti dengan keluarga. baru syok
02/03/2012 @ 10:55 pm
wa mcm best je tempat ni..hari tu lalu je kt jalan gambag ni..hari cuti mmg ramai orang..tringin nak masukkk..huhu..
19/03/2012 @ 6:14 pm
laa.. kalau selalu lalu.. rugi la kalau tak berpiknik dengan keluarga 😀
02/03/2012 @ 9:44 pm
This is a great place to have a vacation with your family! Kids will love to swim in this so wide swimming pool and slides.
Thanks for sharing your photos!
02/03/2012 @ 6:56 pm
as salam… besnya main air..
19/03/2012 @ 6:15 pm
wsalam.. syok tak terkata
02/03/2012 @ 1:02 pm
kalau aku kan confirm sekeping pun tak ambil gambar sbb nak kejar fahim, maklum la dia tu exicited nak main air…dan jawabnya kalau masuk pagi petang baru nak balik
19/03/2012 @ 6:15 pm
uih.. main air, main air jugak.. hobi jangan dilupakan. sekeping dua untuk kenangan.. hahaa
02/03/2012 @ 1:02 am
Jangan moody Man….jiwa kacau ker hehehe….
19/03/2012 @ 6:15 pm
kengkadang hormon tak stabil. hahaha
01/03/2012 @ 9:45 pm
pernah pergi 2 kali tapi tak pernah masuk
tak de anak2 yg kategori kanak2…erk..idak lah
lalu time blk ke KL , pergi rumah mak sedara kt Kuantan tu.
entah bila le nak menjejak mandi manda di situ
tunggu dh bercucu kot
19/03/2012 @ 6:16 pm
ni bukan setakat kanak-kanak je.. mak kanak dengan bapak kanak pon naik gelongsor bebudak tu.. best giler taw