Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi bila celik, juga bila mimpi. Aku nampak kau, tapiĀ  bukan aku yang di sisi. Dia membelaimu dengan izin dan permisi. Sentuhan katanya semuanya kau iakan, sentuhan jari kau diamkan dan biarkan. Aku redha walau tidak ku damba, walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta… Kenangan dibina kita indah belaka. Ketawa bersama, menangis bersama… ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Namun hakikatnya, bukan mudah… Aku sembunyikan gulana-gundah. Segalanya kan berubah…. Dengarkan apa yang ku mahu luah:

Rahsia ini, telah lama ku pendamkan. Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan. Aku kan pergi… pergi ku tak akan kembali. Tiba masanya, kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias, kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias. Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks, dalam disleksia cuba kekal dalam konteks. Bila dunia seolah tak memahami… Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir… Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir. Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal. Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal. 70 000 hijab harus ku singkap. Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap. Dalam diam ada, seorang yang ku puja. Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan, dalam persekitaran yang penuh kejumudan. Terperangkap dalam jasad, ku keliru, mujur ada kau si peneutralisasi pilu. Namun aku tetap murung, berkurung. Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput. Komplikasi di halaman rusuk kiri… makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan… Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan. Jaga diri, jangan makan hati, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi… Cincin, kunci, dompet dalam laci! Ada sikit wang, itu saja baki… Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi…. Bertemu kekasih abadi. Tiba masanya, kau cari teman pengganti. – Black ft Malique (Teman Pengganti)

NOTA KAKI: Saat terakhir aku menyudahkan suntingan lirik ni… aku betul-betul mengalir air mata. Salam Jumaat untuk rakan-rakan semua. Semoga amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran “di sana nanti”, amin~