Tu la… Orang kata kan, kita ni kalau duduk dekat… Buat tak kesah je. Bila dah jauh, baru nak rindu-rinduan. Memang terasa sesangat la, bilamana kita dah biasa hidup bersama dengan pasangan, tiba-tiba, duduk sorang, sambil uruskan semua urusan keluarga. Pendek kata, apa yang kawan-kawan aku rasa ketika ini, turut sama dikongsi bersama aku. Walaupon mungkin sekejap… Mungkin bagi mereka, memang ramai yang dah lali dengan perkara ni.
Memang agak sukar menguruskan hal rumah tangga secara solo. Untuk mereka yang jadi suri rumah sepenuh masa, aku ucapkan tahniah untuk anda. Anda memang seorang yang berjiwa kental. Dalam zaman serba moden ni, ada juga para suami yang menjadi “house-husban”. Mereka bekerja dari rumah. Hantar anak ke sekolah, sambil uruskan hal keluarga. Manakala mungkin si isteri pula keluar bekerja disebabkan keperluan perkhidmatan masing-masing pada anggota masyarakat.
Bagi sesetengah masyarakat, itu satu kejutan budaya. Tapi tidak pada mereka. Hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing adalah satu cabaran yang tidak semua orang mampu tertanggung.
Nota: I love you sayang. Nanti malam, kita sms ye…
akubiomed
05/12/2012 @ 1:31 pm
Bro anak seorang okay lagi. Macam saya keluarga besar.:-)
akubiomed
05/12/2012 @ 1:31 pm
Opss..sudah masuk 2. 🙂
ejam
28/11/2012 @ 6:54 pm
aku sampai sekarang belum mampu uruskan semua urusan haq secara berseorangan.
insyaAllah akan berusaha untuk ke arah tu.
Muhamad Azman Ishak
28/11/2012 @ 8:35 pm
bro.. kalau nak diikutkan… memang aku tak mampu nak buat semuanya sorang diri. nak tak nak… terpaksa jugak aku harung. moga kesabaran itu ada hikmah dari tuhan… *ayat sastra kemain*
yangbaik
24/11/2012 @ 11:48 am
terharu bila lelaki aka suami berdikari menguruskan anak2… simpati pun ada juga. Semoga tabah menghadapi kehidupan…
Muhamad Azman Ishak
28/11/2012 @ 8:36 pm
terima kasih. ape pon cabaran.. sebagai ketua keluarga… dia tak boleh tunjukkan sifat cepat mengalah.
sarhan
22/11/2012 @ 12:54 pm
🙂 dah adat kehidupan
Azmil
21/11/2012 @ 2:06 pm
Dah adat kalau duk jauh2, mesti salah sorang kena sacrife jaga anak2…tapi jarang2 tengok suami yang jaga anak, tabah bro ada hikmah sebalik semua ni..
Muhamad Azman Ishak
28/11/2012 @ 8:37 pm
amin… terima kasih azmil. semoga ketabahan tu buat kita makin kuat.
Eizil
20/11/2012 @ 12:06 pm
Semoga bro tabah menghadapi semuanya, aku yakin, bro boleh uruskan dengan baik semuanya, cuma biasalah rindu-rinduan dengan yang tersayang.
Muhamad Azman Ishak
20/11/2012 @ 10:12 pm
sedang belajar “berdikari”, hahaha… lelaki kalau nak suksess… mesti kene ade wanita di-sisinya. hiks!