
Pagi tadi, ade la jugak berkesempatan membelek aktiviti terbaru mengenai Social Media Award kat Facebook. Kali ni, seperti biasa, aku mencalonkan diri sendiri untuk bertanding. Bukan hasrat nak menang.. (walaupon dalam hati tu, memang nak menang pon), sebaliknya adalah untuk dengan menjadikan platform ni sebagai matlamat utama untuk seboleh mungkin cuba menaikkan penjenamaan diri sendiri ke peringkat seterusnya.
Membuat pendaftaran agak lewat tengah hari tadi. Bila dah sampai rumah, check email. Tengok-tengok, pencalonan dah diterima dan dipaparkan di laman Social Media Award 2013 untuk kategori Favourite Photography Blog. Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang berbakat dalam industri Social Media ni, ataupon nak mencalonkan diri sendiri, anda semua sudah boleh mula berbuat demikian sekarang. Tapi sebelum tu, pastikan mendaftar terlebih dahulu di Social Media Award 2013.
Selamat bertanding dengan sihat!
28/11/2012 @ 3:54 pm
Semoga berjaya bro 🙂
28/11/2012 @ 8:43 pm
terima kasih.. eh eh? join tak? nanti bila sesi voting dah bermula.. moh la kita sesame voting. hehehe…
28/11/2012 @ 1:52 pm
masih boleh join ke? hehe..
28/11/2012 @ 2:27 pm
masih boleh lagi. masih belum terlambat untuk turut serta. jom jom.. join je. kalah atau menang.. belakang kira
25/11/2012 @ 11:46 am
Kalah memang no 10 yg penting ambil peluang utk market blog … tengah terfikir2 katogeri apa nak masuk utk blog DH ni … macam susah nak pilih pulak.
25/11/2012 @ 10:33 pm
betul tu bro. kalah ke menang ke.. belakang kira. janji penjenamaan/brading tu mau pergi dulu.
p/s: blog bro, tarok la kategori ape pon… konfem naik je 😀
28/11/2012 @ 12:47 pm
Bagus tahun ni kalau kawan2 pulak menang …innovative ok ke??
28/11/2012 @ 2:28 pm
kekeke… tak salah masuk bertanding. dari situ kita boleh tahu kekuatan kita kat mane.. apa yang perlu diperbaiki. kalau kita sendiri tadek usaha nak menonjol, takkan orang lain nak tolong angkatkan.. 😀
24/11/2012 @ 12:03 am
wah, bro join ke. hebat ni, segan la plak nak join. hehe
25/11/2012 @ 10:37 pm
tadek hebat la.. join dulu.. segan kemudian. 😀