Hari ni baru ada masa nak tulis pasal perkara ni. Sebelum ni fokus kat pejabat. Ini hari… demam. Badan baru mula nak kebah, tapi kepala masih lagi pening-pening lalat. Pagi tadi langsung tersadai macam ikan paus lemas kat darat. Tak boleh nak pergi klinik. Kalau saya pergi masa pagi tadi jugak.. nampak sangat la yang saya masih ok. Mungkin malam ni baru nak pergi klinik untuk ambil MC yang siang ni tak kerja… BOLEH?

5 blog yang sering saya kunjungi sejak dulu? Kalau nak ikutkan banyak, cuma semenjak dah berkahwin dan ada anak ni, saya amat kurang-kurang berkomen. Tapi masih lagi blog walking cuma kesempatan nak mengarang komen tak macam dulu. Almaklumlah.. persekitaran dah berubah. Saya lebih suka meninggalkan jejak secara mudah.. contohnya saya sangat suka kalau blog tu ada butang SHARE ataupon LIKE ataupon RT button.

Sebelum saya senaraikan 5 blog pilihan saya… sini saya ceritakan sikit tentang salah faham mengenai fungsi button LIKE. Seperti baru-baru ini kejadian TSUNAMI di Jepun, ada rakan kita yang mengecam tindakan rakan lain yang LIKE artikel kematian akibat TSUNAMI. Sebenarnya tindakan LIKE itu adalah betul. LIKE dan SHARE ini menggunakan API yang hampir sama. Cuma perkataan jer lain. LIKE juga bermaksud – “LIKE – to share with you”. Kita yang tak paham bahasa ni.. cakap member kita “Asshole” sebab LIKE berita kematian akibat TSUNAMI. Nah… sekarang siapa yang ASHOLE?

Ok… hampir kelaut cerita saya pada petang ni. Orang baru nak kebah… biasa la kan.. mula nak membebel. 5 blog pilihan saya sejak kebelakangan ni adalah:-

Denaihati.Com – Kenapa saya suke blog ni. Kalau nak tau, dalam blog ni sebenarnya ramai yang berkongsi idea mengenai perkembangan sahsiah untuk menjadi blogger. Bukan kerana saya pernah menjadi penulis jemputan. Tapi kerana konsep beliau berblog adalah – “Hidup untuk memberi” Kalau nak tau apa yang diberikannya? Kat sini beliau ada anjurkan contest untuk menangi iPAD2 secara percuma. Masuk la.. mana tau anda bakal jadi pemenang nanti!!

Kujie2.Com – Blog ni bukan sekadar blog ibu-ibu yang tulis pasal resepi masakan je. Kalau awak rindukan bebelan mak kat kampung.. tapi tak cukup duit nak telefon atau sms.. jom berkunjung kat blog ni. Semua mende ada kat sini… dari Social Networking, Blogging Tips, SEO, Pandangan dan Saranan… Herm.. yang terbaru saya terbaca, Kak Jie dah pandai dah main alter WordPress Template dengan CSS. See? Kalau awak tak tau… baik belajar sekarang ni dengan Kak Jie.

BlogSerius.Blogspot.Com – Blog ini adalah blog yang dikemas-kini setiap hari. Saya suke lepak kat blog ni bila kepala otak jem dok tengok Coding yang tersangkut tak lepas-lepas. Sebelum anda mula membaca, saya nyatakan blog ini adalah FREEMANSON.. bhahaha.. Sila jangan salahkan saya kalau fahaman Agama anda terpesong. Tapi memang tak tipu… ini adalah blog yang best pernah saya jumpe setakat ini. Kekemasan grafik (template) dan kekerapan kemas-kini yang berkala. SALUTE!!!

Amanz.My – Kalau nak tau berita terkini pasal perkembangan teknologi di Malaysia ni… maka saya tetap akan berkujung ke blog ini. Blog yang pada perkiraan saya amat di iktiraf oleh rakan-rakan blogger di Malaysia sebagai blog informasi dan GEEK masa kini. Cakap saja apa yang ingin di cari mengenai perkembangan terkini.. insyaallah ada. Cuma jangan terkejut kalau tuan empunya blog ini tidak pandai Modded telefon Android… bhahaha! Yang GEEK adalah blognya… tuan dia belom pasti :p

Noktahhitam.Com – Blog ni… kalau orang tak kenal penulis dia.. orang akan cakap dia ni sombong nak mampus (memang betul pon.. bhahaha.. lawak ok!) Dia sebenarnya bukan la seorang yang sombong. Dia cuma membawakan watak Noktahhitam tu dalam penulisan dia. Seperti juga Obefiend dalam BlogSerius yang mencipta karekternya sendiri. Itu adalah “the other part of themselves” bak kata orang tu. Suka baca blog ni pasal…. dia tadek paksa orang baca.. tapi cara pengolahan ayat macam menjemput awak untuk membaca. Erk.. kalau nak tau lagi.. sila la ke blog beliau tengok sendiri apa yang saya maksudkan tu. (Pssttt…. Eddie.. sila blanje aku ngeteh ok!)

Dah cukup dah 5? Kalau nak senaraikan memang banyak.. contoh terbaik juga adalah blog Roslan_Nazri, Menteil, Muhammad Tarmizi, Eizil, Mr. Kay, Aeropama, ShamHardy, Wazy84… ah banyak lagi la.. Tangan leguh nak menaip ni. Badan tak berapa nak segar.

Nota: Saya nak perkemaskan diri. Malam ni nak ke klinik ambik MC. Tangan kanan lenguh sebelah. Kene demam urat. Betis rasa kejang. UUuhhhh…. tak daya. Pagi tadi cuma mampu mengesot jer… COBAAANNN…..