
Seperti yang semua maklum yang pada 2 minggu lepas, saudara Tarmizi Shukri ada menganjurkan Siri Jelajah Pertama Bengkel Asas Fotografi yang bertempat di Taman KLCC. Aku memang pada asalnya nak sangat masuk ke kelas ni. Tapi ekoran dari isteriku yang bertugas pada hari minggu tu, maka terpaksa batalkan hasrat. Sebabnya, nanti anak-anak tadek sapa nak jaga.
Sekali lagi nampaknya pada minggu ni, saudara Tarmizi Shukri ingin membuka kelas fotografi sesi ke dua. Bagi aku, untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam hobi fotografi ni, apa kata turun padang pada 3 Mac 2013 ni. Bertempat di KLCC. Untuk sesi pendaftaran, saudara Tarmizi Shukri mengenakan bayaran RM90.00. Pada aku, ianya tidak la terlalu membebankan terutama mereka yang masih lagi belajar ataupon yang dah bekerjaya. Kan dah gajiiii :p
Sebelum tu, mungkin ada yang masih belum kenal saudara Tarmizi Shukri. Dia merupakan seorang photoblogger yang memang aku segani. Aku kenal blog dia dari zaman aku pakai Sony Alpha 290. Bermula dari dia la aku banyak bertanya hal ehwal dSLR. Tempat rujukan utama kata orang. Sebelum ni memang tak pernah berkesempatan nak berjumpa. Harapnya pada 3 Mac ni dapatla mencedok sedikit sebanyak dari apa yang dia nak sampaikan.

Erm.. kepada yang lain tu? Takkan nak tengok je… nak kata tadek dSLR, masing-masing kalau berjalan, kamera tak tinggal. Bile lagi nak mengasah bakat tu? Orang dah buat kelas dengan kadar bayaran berpatutan. Jom la join sesama kah kah kah. Kalau nak ikutkan, harga ni jauh lebih murah ok. Jom jom, jangan lupa 3 Mac 2013, bertempat di Taman KLCC
NOTA: Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke pautan blog beliau di sini. Bergurulah, walaupon dengan guru yang lebih muda dari kita. Tak rugi kalau kita belajar dengan orang yang memang pandai dan berbakat.
10/03/2013 @ 1:34 pm
Saya teringin nak jadi tuan milik DSLR.
Tapi modal masih kecil. Apapun tak kisah sebab saya selalu bawa kamera digital sony kemana-mana bila ternampak adegan yang dapat memberi banyak idea post kat blog melalui penulisan.
02/03/2013 @ 1:21 am
macam biasa , anak2 tkdek org jaga , kalau tk memang teringin nak pergi ..
03/03/2013 @ 1:49 am
tak pe puan be.. nanti ade masa, kita prektis ok. ajak plak geng-geng ajk. saya buat coaching.. hhehehe
01/03/2013 @ 10:16 am
addoooi…. masa tak kena pulak.. hang pi, nanti hang buat kelas dengan aku lak yea…
03/03/2013 @ 1:56 am
hahaha semua dok pakat suruh aku buat kelas.. walhal aku tak menuntut lagi. canner nak buat kelas. kene pergi berguru dulu. 😀
01/03/2013 @ 12:19 am
untuk yang dah ada DSLR dan belum ada asas, inilah masanya.. 🙂
03/03/2013 @ 2:00 am
ye betul bro. yang dah ade asas pon elok gak pergi. untuk buat ulang kaji pelajaran. mungkin ada yang kita tak tahu. pengalaman orang tidak sama dengan kita.
28/02/2013 @ 10:48 pm
kamera digital je lah skrg ni yg ado..buleh ke? hehe..dslr tak mampu lg
03/03/2013 @ 2:21 am
janji ade mode manual. insyaallah.. boleh.
28/02/2013 @ 4:04 pm
alahai.. ruginya.. Terpaksa balik kampung..
03/03/2013 @ 2:22 am
kampung kat mane? kalau nak join next session, boleh usha blog saudara Tarmizi Shukri sebab dia ade tour list. nanti boleh join.
28/02/2013 @ 3:52 pm
Baik pancing noh.. Aku nak join kalau pakai kamera handphone boleh?
03/03/2013 @ 2:22 am
hahaha pancing mancing.. kalau kamera henpon ade mode manual, silakan la. 😀
28/02/2013 @ 12:12 pm
Aku nak gi………kena ejas jadual aku lah nampak gaya nyer
03/03/2013 @ 2:22 am
elelele… kata dah packing barang tadi. kekeke.
28/02/2013 @ 2:31 am
Malangnya masih perlu katakan, takder dSLR lagi aa bang… 😀 nanti masuk kelas yang ai buat jer aa plaks…
03/03/2013 @ 2:24 am
kekeke.. saya perlu belajar dari orang dulu sebelum saya jadi guru kepada orang. sama juga, perlu menetas dari telur sebelum boleh bertelur… eh? hahaha same kan?
28/02/2013 @ 12:11 am
style jugak die main lighting.
Malangnya camera aku melekat di klinik canon. Minggu depan baru bole pick up. Dah lama tak menembak. Asik berkepit dgn bini je.
03/03/2013 @ 2:24 am
kekekek.. hang menembak lain ni lulz~
27/02/2013 @ 10:44 pm
aku nak tunggu kelas dari ko Man…
yang ni tak dapat join lah, ada nenek dah rindu cucunya, so kena balik kampung…
hujung minggu ni ada belon kat putrajaya Man. datanglah menembak
01/03/2013 @ 1:48 am
ahahaha… tunggu kelas dari aku. rasa blom layak lagi nak buat coaching dalam photog. lol. itu hari pon bagi penerangan berterabur abis.