Jom la turun.. kata nak kasik tajamkan skill. Ini la masa dia.
Jom la turun.. kata nak kasik tajamkan skill. Ini la masa dia.

Seperti yang semua maklum yang pada 2 minggu lepas, saudara Tarmizi Shukri ada menganjurkan Siri Jelajah Pertama Bengkel Asas Fotografi yang bertempat di Taman  KLCC. Aku memang pada asalnya nak sangat masuk ke kelas ni. Tapi ekoran dari isteriku yang bertugas pada hari minggu tu, maka terpaksa batalkan hasrat. Sebabnya, nanti anak-anak tadek sapa nak jaga.

Sekali lagi nampaknya pada minggu ni, saudara Tarmizi Shukri ingin membuka kelas fotografi sesi ke dua. Bagi aku, untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam hobi fotografi ni, apa kata turun padang pada 3 Mac 2013 ni. Bertempat di KLCC. Untuk sesi pendaftaran, saudara Tarmizi Shukri mengenakan bayaran RM90.00. Pada aku, ianya tidak la terlalu membebankan terutama mereka yang masih lagi belajar ataupon yang dah bekerjaya. Kan dah gajiiii :p

Sebelum tu, mungkin ada yang masih belum kenal saudara Tarmizi Shukri. Dia merupakan seorang photoblogger yang memang aku segani. Aku kenal blog dia dari zaman aku pakai Sony Alpha 290. Bermula dari dia la aku banyak bertanya hal ehwal dSLR. Tempat rujukan utama kata orang. Sebelum ni memang tak pernah berkesempatan nak berjumpa. Harapnya pada 3 Mac ni dapatla mencedok sedikit sebanyak dari apa yang dia nak sampaikan.

Dah dah... nkorang yang area KL tu, jangan dok pikir-pikir. Sila register cepat.
Dah dah… nkorang yang area KL tu, jangan dok pikir-pikir. Sila register cepat.

Erm.. kepada yang lain tu? Takkan nak tengok je… nak kata tadek dSLR, masing-masing kalau berjalan, kamera tak tinggal. Bile lagi nak mengasah bakat tu? Orang dah buat kelas dengan kadar bayaran berpatutan. Jom la join sesama kah kah kah. Kalau nak ikutkan, harga ni jauh lebih murah ok. Jom jom, jangan lupa 3 Mac 2013, bertempat di Taman KLCC

NOTA: Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke pautan blog beliau di sini. Bergurulah, walaupon dengan guru yang lebih muda dari kita. Tak rugi kalau kita belajar dengan orang yang memang pandai dan berbakat.