Ya, buat masa ni… aku pon sampai naik blur nak tulis catatan harian aku dengan tajuk ape. Dan… lagi… ya buat masa ni aku teramat la sibuk. Sibuk dengan tugas harian kat pejabat. Almaklum la baru balik bercuti panjang. Jadi dah tentu banyak perkara nak kene setelkan.
Seperkara lagi… *kenapa tetibe ayat aku bertukar macam bagi wasiat?*, buat masa ni… Template FotoBesar masih lagi dalam process pembinaan. Dah boleh dikatakan dalam 65% hampir siap. Terdapat beberapa minor task nak kene adjust sana sini. Masih belom boleh di view secara live.
Owh ya.. kesah pasal minggu lepas. Aku balik ke Kedah untuk meraikan majlis perkahwinan akak ipaq aku kat Gurun, Kedah. Jadi, peluang yang diberi kat aku adalah Jurufoto sepenuh masa sepanjang majlis berlansung. Memang penat bukan kepalang la. Ini buat pertama kalinya aku merakamkan detik kenangan manis orang melangsungkan perkahwinan dengan camera aku.
Kalau nak cerita pengalaman pertama jadi Jurufoto Perkahwinan, aku boleh kategorikan… “aku kene banyak belajar lagi”, terutama dalam bouncing flash, dan sebagainya. Paling agak kecewa, masa majlis tu… aku cuma berbekalkan kitlense dan jugak speedlight. Hasil yang aku inginkan, agak so… so… jugak la… Bila dah balik ke KL, baru rezeki datang. Terus rembat Samyang 35mm f1.4.
Untuk cerita Samyang 35mm f1.4 tu.. nanti next episode plak aku update ye. Nak tengok gambar kawin jugak ke? Tak lawa jangan marah ye. Silakan….
Rasanya, cukup la buat sementara ni. Kalau nak diikutkan ade beribu keping gambar lagi dalam kamera tu. Itu dah temasuk yang rejek.. terbakar, over & under exposed. Tengah mencarik yang mana elok untuk di-kompile-kan sekali. Ada yang nak kene edit.
NOTA: Menjadi Jurufoto Perkahwinan adalah satu tugas yang amat mencabar. Jadi tak hairan kalau jurugambar yang sedia ada dipasaran mengenakan bayaran yang agak mahal untuk hasil yang memuaskan hati pelanggan. Hari bersejarah tu tak boleh diulang, melainkan nkorang request untuk tangkap gambar dalam studio… atau? Kawin lain!!! Lol~
Fotografi Perkahwinan : Ashrof & Hanisah | AI MEDIA NETWORK
04/01/2013 @ 5:18 pm
[…] Β NOTA: Untuk cerita lanjut, sila klik pada pautan ini […]
iAwani
14/10/2012 @ 12:45 pm
… tengok gambar-gambar ni, teringat pula gambar perkahwinan sendiri.
puanbee
09/10/2012 @ 10:02 pm
Yeayahh … gambar yang di tunjukkan sikit , tk puas tengok …
baru dapat masa nak online memandangkan suami dah stabil .. suka theme ni , bersih je .. ringan pun ye …
tahniah di atas pembuatan theme ni .
Muhamad Azman Ishak
09/10/2012 @ 10:57 pm
hahaha.. tak boleh la tunjuk semua, nanti tuan empunye diri malu plak. nak bergambar pon malu-malu pengantin.. ni kan plak gambar masuk dalam blog. hahaha.. ini pon dia tak tau tu… senyap-senyap je. but akak ipaq saya is silence reader. dia declare. hahaha
p/s-1: semoga suami p.bee cepat sembuh ye. amin.
p/s-2: themes ni masih lagi dalam peringkat ujian. banyak mende nak kene tampal sana sini supaya loading sepantas yang mungkin.
kujie
09/10/2012 @ 4:37 pm
gambar pengantin bila masa pun nampak manis…
kalau pengantin tu tak berapa sipu sipu mudah le kerja…kalau sebaliknya, berpeluh juga, kan
Muhamad Azman Ishak
09/10/2012 @ 9:50 pm
itu pon jenuh kak jie.. nak suruh bergambar sebelah-sebelah atas katil macam tu sambil baring-baring. hahaha… memang opkos la malu…
p/s: mereka berkenalan hanya 4 bulan.. tak bercinta.. lepas kawin baru nak bercintan-cintun.. alhamdulillah… selamat akhirnya π pasal tu segan berapak tu
Kak Long Mawar Merah
06/10/2012 @ 10:39 pm
Saya telah membaca post ini.
Kak Long Mawar Merah
06/10/2012 @ 10:38 pm
Theme nampak bersih dan cantik. Gambar pun awesome. Kalau dgn samyang 35mm 1.4f nanti,pasti akan super duper hebat.
Muhamad Azman Ishak
07/10/2012 @ 11:13 pm
nantikan result penuh dari samyang ye kak long. hehehhee… buat masa ni tak pergi outing lagi π
mohd luthfi
06/10/2012 @ 12:06 am
serius..
cantik… aku suka kombinasi warna
Muhamad Azman Ishak
06/10/2012 @ 1:14 am
terima kasih luth atas support anda. skang ni masih lagi betulkan bugs 2 3 perkara. saje buat live run dulu.
MyJourneyMyPhoto
04/10/2012 @ 10:47 pm
Saya telah membaca post ini.
MyJourneyMyPhoto
04/10/2012 @ 10:45 pm
bila la nak dapat tengok review samyang ni π
lagi satu, bila nak menembak sama2 lagik nih?
Muhamad Azman Ishak
04/10/2012 @ 10:52 pm
tu la bang… reason dia.. bila kita nak nembak ni? nak carik retih la lepas ni. geram nengok 35mm ni.. sekali sekala je dapat petik. tak dan nak warmup ni.. hahhaa.. nanti free time hujung minggu, roger me please…
Mohd Isa
04/10/2012 @ 7:53 am
gila awesome theme tu, nak2. haha…responsive gak ke?
Muhamad Azman Ishak
05/10/2012 @ 11:54 pm
sila cuba sekarang. aku buat trial run kat blog aku hehehehe TQ