Alhamdulillah, petang tadi jumpe jugak cikgu kamera aku, Saudara Tarmizi Shukri, kat Tasik Putrajaya dalam siri pengembaraan “Jom Outing”. Perancangan awalnya aku memang tak boleh nak pergi, sebab wife aku kije sebelah petang hari Ahad semalam. Tapi… tapi… ade lah sebabnya, maka dapat jugak aku join. Malam kemarin, aku terus je roger Abang Azman Ismail. […]
Gambaq ni aku dah toucap pakai lightroom. Sebab aku tengah belajaq lightroom la ni.
Alhamdulillah, petang tadi jumpe jugak cikgu kamera aku, Saudara Tarmizi Shukri, kat Tasik Putrajaya dalam siri pengembaraan “Jom Outing”. Perancangan awalnya aku memang tak boleh nak pergi, sebab wife aku kije sebelah petang hari Ahad semalam. Tapi… tapi… ade lah sebabnya, maka dapat jugak aku join.
Malam kemarin, aku terus je roger Abang Azman Ismail. Biasa lah… brader tu, pantang ajak outing… JOM sesajer. Ok, ini aku kasik teaser je la dulu. Kalau nak diikutkan foto-foto outing ni, aku dah upload kat FlickR AI MEDIA NETWORK. Kalau nkorang rajin nak belek pada full scalling, boleh la terjah kat sana.
Macam mane laaaa burung turki boleh lepaih kat sini tahhhh???!!!
Banyak jugak perkara aku pelajari petang kemarin. Sapa yang tak datang memang teramat rugi untuk mereka yang masih baru macam aku ni. Sebabnya dalam siri kali ni, adalah siri “ulang-kaji” pelajaran. Dannnn… ada jugak disentuh mengenai “Breaking the rules” serta teknik menggunakan Flash.
Itu la.. kan dah kata, sape suruh tak datang. Terima kasih sekali lagi nak ucap kat Cikgu Tarmizi atas ilmu yang disampaikan semalam. Mintak halalkan ilmu tu ye. Hangpa tau dak??? Aku sebenaqnya tadiii… nak buat teaser je. Tapi dah alang-alang… aku uploade je la terus.
Cikgu Tarmizi Shukri memberi penerangan kepada studentnya hehehe..Lelaki “50mm” disebalik bayang-bayang. hehehehe..Sungguh suka betoi aku. Tambah pulak ada pelajaran baru… iaitu LightRoom!Dengaq cikgu ajaq elok-elok.. Jangan derhaka. hahahahaKeadaan cahaya, memang terbaik sungguh petang kemarin.Yeahhhh teropong bang, jangan tak teropong…Inilah dia… cikgu saya, Saudara Tarmizi Shukri.Boleh la pulak, time-time tu depa dok main paraglider…Haaaa tu sape yang menyorok kat belakang tuuu???Macam biasa… gambar orang je penuh.. gambar sendiri, kene carik kat blog orang lain.Abang Azman Ismail kata, ini cara-cara gangster pegang camera. lol~Laaa… dia lagi.. balik-balik brader ni jugak model aku. Hisshhh.. mane awekk???Ok la ye… gambar pengelas sebagai penghias kertas dinding desktop.
Alhamdulillah, akhirnya acara yang aku plan untuk berkolabrasi bersama Tarmizi Shukri, akhirnya berjaya. Nak kata perancangan rapi sangat tu idak la. Sebab pada aku, aku tak berani nak berjanji dengan orang sangat, kalau keupayaan "commit" adalah 50/50. Risau meletakkan harapan orang. Bila sampai masa, kita tak boleh nak penuhi.... mesti…
Seperti yang semua maklum yang pada 2 minggu lepas, saudara Tarmizi Shukri ada menganjurkan Siri Jelajah Pertama Bengkel Asas Fotografi yang bertempat di Taman KLCC. Aku memang pada asalnya nak sangat masuk ke kelas ni. Tapi ekoran dari isteriku yang bertugas pada hari minggu tu, maka terpaksa batalkan hasrat. Sebabnya,…
Tajuk gempak tak hingat kat. Dah alang-alang nak membina jenama pada kata kekunci tertentu, jadi apa salahnya jika buat tajuk sedemikian? Tak salah... ok kita tinggalkan bab tajuk. Hari minggu yang teramat tidak berapa nak layan. Sebabnya kepenatan pada hari Khamis pergi Dataran Merdeka untuk tangkap gambar. Lepas tu, aku…
27/10/2013 @ 11:45 pm
wahh..best ni..aci tak sponsor fotocinta.com punya theme?hehee :
27/10/2013 @ 11:48 pm
salam bro. untuk rakan blogger terdekat, saya bagi diskaun price untuk themes ni. sila contact saya pakai contact form kalau nak.
p/s: bukan ke bro pon web progremmer ke? hahaha segan aku nak offer. lol~
06/10/2013 @ 11:05 pm
Macam tu rupanya cara gangster pegang kamera..agak2nya itu la anggapan orang bila saya pegang kamera macam tu..hehe
08/10/2013 @ 12:55 am
kakakak, bro, sila abaikan caption tu. sekadar hiburan semata-mata.
06/10/2013 @ 5:48 pm
gambar last tu boleh la gua guna untuk desktop laptop gua minggu ni..hehe
06/10/2013 @ 10:25 pm
uikkk hang tetiap minggu cycle desktop wallpaper ke ape? haha
Sekitar Jom Outing di Masjid Putra | TarmiziShukri's Blog
06/10/2013 @ 11:52 am
[…] sebelum terlupa, blog Akubiomed dan AzmanIshak pun ada update pasal Jom Outing, jangan lupa […]
04/10/2013 @ 8:58 am
Beli kamera lama sangat dah…tak pernah lagi pergi belajar macam ni…teringin rasanya nak ikut…TQ
05/10/2013 @ 8:28 pm
besok saya dan abang azman ismail akan keluar outing kat taman layang2 kepong. mai la join.
02/10/2013 @ 9:08 am
fuh, smart betul gambar yang diambil… best2..
05/10/2013 @ 8:28 pm
terima kasih 😀
01/10/2013 @ 12:53 pm
Alaaa… gambar awek lain mesti ko simpan je kan….hahahahaha
05/10/2013 @ 8:29 pm
saje nak peram je gambar awek tu. hahahaha
01/10/2013 @ 9:08 am
suka gamar 3 org asing sedang bercakap tu.
05/10/2013 @ 8:35 pm
terima kasih bro 😀
01/10/2013 @ 12:31 am
Fuh dahsyat pukulan abang M.Nasir. 🙂
05/10/2013 @ 8:35 pm
mane ade dashat. kalau dashat.. dah join national geography dah. hahaha
30/09/2013 @ 1:12 pm
best la tengok pic kat sini. besar2.sedap mata memandang.
05/10/2013 @ 8:36 pm
terima kasih ye 😀
30/09/2013 @ 11:12 am
Hehehe,mana yang lain woo….cara2 yg seksi pegang kamera hahahha
06/10/2013 @ 10:27 pm
woittt itu tok guru. jangan menderhaka. nanti dolat baru tau. hahaha
30/09/2013 @ 6:48 am
Puas tengok gambar besar ni bro.
Cars pegang kamera tu mmg ganas..
06/10/2013 @ 10:27 pm
now template baru.. lagi puas dan selesa.