Aku tak tau betoi ke idak... tapi depa cakap Spiderman 2 macam tak best
Aku tak tau betoi ke idak… tapi depa cakap Spiderman 2 macam tak best

Aku ni kalau nak bercerita pasal fotografi ni, sebenarnya aku cukup seriau. Ye lah kan, manakan tidak… sekarang semua maklumat di hujung jari. Kalau kau salah bagi fakta, sah sah kene tembak dengan orang lain. Walaupon orang tu tak mahir dalam sesatu bidang. Tak sampai seminit, dia boleh jadi pakar dengan bantuan internet. Macam MATRIX. Download je informasi yang dikehendaki.

Spiderman ni, aku beli siang tadi untuk along. Bila along dah tidur.. apa lagi.. pinjam kejap la.. haha
Spiderman ni, aku beli siang tadi untuk along. Bila along dah tidur.. apa lagi.. pinjam kejap la.. haha

Bila bercerita mengenai LOW KEY PHOTOGRAPHY, ianya dalam bahasa mudah adalah teknik penguasaan pencayaan dan pembayang. Sila abaikan segala script yang nkorang google, sebab ini adalah script aku reka sendiri dari kefahaman aku. Jika salah, mohon betulkan fakta beserta LINK yang sahih supaya kawan-kawan lain boleh mendapat input bermanfaat.

Malam ni sebenarnya aku ternampak saudara Potia kita tu, dok menayang water color bunchoh dia dalam latar belakang hitam. Aku pon rasa gian nak petik kamera malam ni. Jadi… terus saja aku capai speedlight, pinjam Spiderman anak aku… dan mulakan latihan menembak.

Tapi agak keterbatasan jugak la figura spiderman ni untuk beraksi.
Tapi agak keterbatasan jugak la figura spiderman ni untuk beraksi.

Istilah LOW KEY ini bukanlah bermaksud under expossed, sebaliknya ia adalah teknik pantulan cahaya dalam keadaan gelap. Untuk mendapatkan bahan bacaan yang lebih tepat dari penerangan merapu aku ni, aku sarankan nkorang semua klik pada pautan ni.

Nota: Gambar yang dipaparkan sekadar latihan aku. Ianya bukan contoh terbaik untuk LOW KE”Y.  Semua gambar ni aku dah edit pakai lightroom. Sebabnya… sebab gambar ini sebenarnya atas meja komputer aku jer yang berlatarbelakang-kan screen LCD komputer.

Potret Spiderman 2 - Konon-kononnya. Sape sudah pergi menonton?
Potret Spiderman 2 – Konon-kononnya. Sape sudah pergi menonton?
Aku ada terbaca review yang kata diaorang, Spiderman 2 ni macam tak best. lol~
Aku ada terbaca review yang kata diaorang, Spiderman 2 ni macam tak best. lol~