
Alhamdulillah… dah masuk 6 tahun rupanya Iftar Ramadan Blogger dibawah anjuran Negaraku.My. Sebenarnya, pada tahun pertama aku tak join. Kalau nak diikutkan, tahun ni, aku baru 5 tahun join. Macam tu la, mereka ni pada zaman 2007 merupakan antara blogger-blogger tersohor yang pada aku pelopor awal blog yang berkonsepkan peribadi. Kalau disemak jumlah komen di blog mereka ketika tu, boleh mencecah hampir 500 komen untuk setiap artikel, tiap kali di lepaskan.

Tapi sekarang ni, zaman dah berubah. Dari yang dulunya bujang, sekarang ni dah kawin.. dan ada yang akan bakal jadi mak bapak tak lama lagi. Untuk aku, tiap kali perhimpunan Iftar Negaraku ni, memang aku akan tergedik-gedik nak turut serta. Masa ni lah bukan saja dok berbual kosong… banyak idea dan konsep “Kick Starter” bak kata orang tu akan muncul secara sendirinya. Macam-macam idea dapat dikongsi. Maklumlah, yang hadir bukan calang-calang orang.
Untuk majlis Iftar kali ni, aku tak bawak family. Just datang sorang diri. Sebabnya dah tau dah, kalau geng ni berkumpul, paling tak sudah, habis cepat pukul 11 baru nak balik. Tapi, kemarin kitaorang balik nak dekat 12.30am. Eh jom la layan gambar yang tak seberapa. Aku kongsikan moment ni untuk nkorang yang mungkin membaca blog aku ni.


















Itu la dia ye.. cerita dia. Pendek kata, gathering/iftar ni untuk mereka yang pernah join tanpa gagal, maka tiap-tiap tahun mesti nak join. Sebab masa ni je la nak jumpe kawan-kawan blogger yang satu masa dulu sangat meletop. Hahaha.. sekarang dah umpama zaman pencen. Ape ape pon, aku doakan selamat maju jaya untuk rakan-rakan semua, tak kira apa bidang nkorang ceburi sekarang. Amin..
05/08/2013 @ 5:00 pm
otai blogger berkumpul..untunglah lau dapat join
02/08/2013 @ 1:57 pm
semua otai2 nie…memang respek r dan menjadi idola gua
artikel menarik tentang Melayu boleh
30/07/2013 @ 12:31 am
Meriah menu huhu..terbaik..boleh jemput sekali tahun depan
Kak Long Mawar Merah
29/07/2013 @ 11:11 pm
Saya telah membaca post ini.
29/07/2013 @ 8:31 pm
GAMBAR AKU TAKDEEEE *nangissss*
29/07/2013 @ 1:49 am
memang sesuai.. pertemuan untuk yang hebat-hebat sahaja
Mus
29/07/2013 @ 1:48 am
Saya telah membaca post ini.
28/07/2013 @ 10:47 pm
dan seperti tahun tahun lepas… kak jie nengok aje lah
28/07/2013 @ 8:20 pm
wah kumpul semua blogger-blogger otai malaysia
28/07/2013 @ 3:48 pm
meletop jugak kot , meletop diam2 kan kan ..
28/07/2013 @ 2:35 pm
Thanks Azman kerana datang. Harap kali ini banyak perkongsian dilakukan. Banyak jugak idea untuk project baru. InsyaAllah kita gerak sekali. Aku doakan semua maju jaya. Amin!
28/07/2013 @ 12:49 pm
woih! apa aku jadi bahan hujung-hujung ni ;_;
28/07/2013 @ 2:32 pm
Ko dan Aman memang sesuai jadi bahan. Hahaha
28/07/2013 @ 3:25 am
fuyoooo…
27/07/2013 @ 11:56 pm
Ada terima jemputan tetapi tidak dapat hadir. Yang hadir mempunyai nama besar didalam dunia bawah tanah siber.
28/07/2013 @ 2:31 pm
Sebesar mana pon blogger itu, pasti tidak akan besar kerana penyokongnya 🙂
Lain kali datanglah ok? Boleh kita kenal-kenal 🙂
27/07/2013 @ 10:48 pm
wau…hebat2 jer orngnya. tp tajuk tue ckp blogger2 nak pencen. semua nampak muda2 jer, takkan nak pencen dah kot
27/07/2013 @ 10:35 pm
Sempoi tajuk entri nih. 😛
Apa-apa pun pasti seronok berbuka ramai-ramai ni, ditambah pula dengan blogger popular.
27/07/2013 @ 10:28 pm
Imam tu shahirul.com rupanya….tahun depan insyallah boleh join lagi..Aku tak sangka Fathur Rahman PHP.com hahaha..
27/07/2013 @ 10:16 pm
ni ha acik angcorp mall datang >.<
27/07/2013 @ 9:56 pm
hebat2 mereka yang hadir tu.
kena tukar nama perjumpaan ni di lain kali dgn nama yg lebih ganas penuh dengan coding2nya..hehe
28/07/2013 @ 2:33 pm
Nama sebenar invitation adalah “Iftar for Blogging Heroes”. Kerana mereka semua ni hero tamil dulu2. Hahaha
27/07/2013 @ 9:35 pm
[…] PINGBACK NEGARAKU.MY: Iftar Ramadan Blogger-Blogger Pencen dan Hampir Pencen | AzmanIshak.Com […]