Muka Pakcik terpampang dalam Mingguan Metro 30/06/2013 satu muka surat taw. hahaha
Muka Pakcik terpampang dalam Mingguan Metro 30/06/2013 satu muka surat taw. hahaha

Mau tak kembang kalau muke masuk paper. Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat yang aku kenal dalam dan luar talian. Sedikit sebanyak melonjakkan nama aku sejak kebelakangan ni. Entri ni kiranya rangkuman ucapan terima kasih kepada nkorang semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung.

Dunia kita ni bulat, untung sabut boleh tenggelam, untung besi boleh terbang. Zaman dah berubah kalau dulu orang kata mustahil besi boleh dijadikan kapal laut. Sekarang tak lagi. Begitu jugak lah dengan hidup kita ni. Kalau kita kata mustahil, maka mustahil la jadi dia. Lepas tu bila rasa kelebihan diri kita seolah dipergunakan orang lain, kita mula memencilkan diri. Ingat tak, pernah satu ketika dahulu aku keluarkan statement, “adakalanya kita ini adalah sebagai batu loncatan untuk kejayaan orang lain”. Rasa-rasa sapa masih ingat? Kalau tak ingat tak pe.

Maka begitu juga lah perumpamaan untuk apa yang dah berlaku pada diri aku sejak kebelakangan ni. Dipendekkan cerita, apa yang telah aku lalui kerana mereka-mereka yang ada disekeliling aku. Inilah yang kita namakan JARINGAN (networking). Bukan satu perkara yang mudah untuk kita bergaul dengan orang lain, terutama kalau kita ni jenis berat mulut bukan main. Memang aku akui, menjadikan diri sebagai satu penjenamaan bukanlah satu perkara yang mudah, tapi berbalik kepada asas, perkara yang mustahil itu hanya akan wujud bilamana kita tak usaha untuk hilangkannya.

Mereka adalah:

Disebabkan blog ni la aku menjadi blogger. Ideola pertama tahu!
Disebabkan blog ni la aku menjadi blogger. Ideola pertama tahu!

AKUSAPE? – Ini lah orang dia. Dah banyak kali aku ulang… blog aku ini wujud semua kerana blog dia. Walaupon kau tengok blog dia tak seberapa. Tapi hasil apa yang aku terima selama hari ni, disebabkan ” permulaan keteransangan” aku membaca dan mengkaji blog dia pada tahun 2007.

Ini blog adun Rawang. Nkorang jangan nak main-main tak tentu pasal. hahahaha
Ini blog adun Rawang. Nkorang jangan nak main-main tak tentu pasal. hahahaha

Kak Kujie – Pantang dapat “bola tanggung”, tak dan dan aku nak amik napas… konfem kene smash siap siap. Hahaha.. kalau sapa yang paham tu, paham lah ye. Sungguhpun macam tu, kak jie dah macam kakak-kakak aku dah. Ada kalanya aku amik advice dia dalam hal-hal yang tak perlu dicerita hehehe.. RAHSIA LA…

Kalau ada sapa-sapa yang masih tak kenal, boleh la amik kesempatan ni untuk berkenalan dengan beliau ye.
Kalau ada sapa-sapa yang masih tak kenal, boleh la amik kesempatan ni untuk berkenalan dengan beliau ye.

Tuan Ilham DenaiHati – Semua orang kenal dia barangkali.. termasuklah jugak dikalangan blogger. Bagi aku apa yang aku belajar dari Tuan Ilham ni dari segi pergaulan. Apa yang aku tengok, dia balance antara passion dia secara online, dan dalam masa yang sama konsisten di dunia nyata. Itu la pasal, kalau nak diceritakan pada zaman era kebangkitan blog-blog peribadi sekitar tahun 2007-2008, Tuan Ilham ni rajin berkomen kat blog aku. Dia antara supporter dan motivator masa aku meroyan kat blog. Masa tu dia pakai blogspot kalau tak salah. Kemudian berhijrah ke WordPress.

Ini kalau aku bukak cerita kesah macam mana kami berkenalan… mau 44 helai kertas kajang pon tak cukup ni. Itu belum kira sebegitu banyak input yang aku dapat semenjak aku kenal dengan dia. Ye betul, bagi aku dia seorang bisnessman yang berjaya. Memang banyak perkara jugak aku perhatikan dan belajar dari dia secara tak langsung. Ini termasuklah dari segi pergaulan dengan bisness partner, dengan kawan-kawan online, cara dia menjenamakan perkataan “DENAIHATI” tu memang mengubah mindset aku: “Dalam business ni, apa pon boleh jadi kalau kita pandai dan peka dengan keadaan sekeliling”.

Ini bukan entri bodek tahu. Kalau nak cakap aku bodek, terpulang. Nkorang dah besar panjang. Tak payah la pakcik nak membebel panjang lebar pasal pergaulan ni.

Sama-sama dengan Bro masuk TV lepas ni. hehehe tapi dalam segment yang lain.
Sama-sama dengan Bro masuk TV lepas ni. hehehe tapi dalam segment yang lain.

BroFramestone – Ini lah orang yang bertanggung jawab menjual nama aku kat stesen TV hahaha.. Sampai kene wawancara dalam segment Blogger Voice untuk siri akan datang. Untuk tsunami Blogger Voice punye penangan membahan belum mai lagi tu. Hangpa tunggu acik-acik tu semua nak membahan aku nanti camne hahahaha… Ape-ape pon, terima kasih BRO!

Minggu lepas dia dah keluar surat kobar rupanye...
Minggu lepas dia dah keluar surat kobar rupanye…

ShamHardy – Ini sorang lagi blogger yang bertanggung jawab atas insiden yang terjadi baru-baru ni kat surat khabar Mingguan Metro. Hahaha.. ShamHardy jual nama aku kat encik wartawan ni. Baru sangat berlaku.. dok tak habis lagi kene bahan kat Facebook dengan kawan-kawan yang nak mintak otograph. +___+”

Disebabkan PADDING dan MARGIN... margin taw.. bukan marjerin.
Disebabkan PADDING dan MARGIN… margin taw.. bukan marjerin.

Noktahhitam – Orang ni.. beberapa kali ku ulang cerita dia dalam setiap terima kasih aku bila mana aku menulis blog. Kalau tak kerana dia mengajar aku PADDING dan MARGIN. Dua perkataan yang sangat sinonim dalam pembuatan kerangka website menggunakan CSS. Disebabkan dia jugak aku minat dalam front-end developer.

Blog En. Oren Mr. Kay yang comel.. hehehe..
Blog En. Oren Mr. Kay yang comel.. hehehe..
Blog sifu WordPress. Sape lagi kalau bukan En Eizil kita ni..
Blog sifu WordPress. Sape lagi kalau bukan En Eizil kita ni..

Mr. Kay dan Eizil – ini merupakan sifu-sifu aku. Dan diaorang ni jugak lah yang memberi semangat aku untuk belajar PHP Programming. Aku sebenarnya tadak asas pon dalam programming. Apa yang aku ada cuma basic mIRC Script. Pada satu hari aku di suruh oleh Mr. Kay untuk belajar PHP dengan serius. daaann… Alhamdulillah, sekarang aku mampu tersenyum sebab aku boleh buat PHP tu macam taip karangan kat blog.

Jangan tak tau.. ini Networking Engineer. Bukan calang-calang punye level.
Jangan tak tau.. ini Networking Engineer. Bukan calang-calang punye level.

Ikram Baharum – Seperkenalan aku dengan Ikram adalah disebabkan entri kat blog ni yang berkisarkan ZIPPO. Aku masa dulu memang gile ZIPPO. Tak kusangka, disebabkan ZIPPO aku berkenalan dengan Ikram dan berkawan baik sampai la sekarang. Dan disebabkan Ikram jugak aku related dengan Noktahhitam a.k.a Edwin a.k.a Eddie, Sham Aeropama dan juga Roslan Nazri. Tak lupe jugak, Ikram atau lebih manje kata dia dengan panggilan Yam.. hahaha merupakan sifu aku dalam bidang computer networking hang taww…

syamSham Aeropama – Ini lah dia orang yang mengajar aku memetik shutter kamera. Maksud aku aku berguru dengan dia. Sekarang dia dah get a life dengan family. Dah ada anak. Keluarga bahagia. Ape-ape pon, aku doakan dia sentiasa happy & gembira bersama keluarga tercinta dia seperti mana aku kenal dia sebelum ni. Amin.

Nkorang perasan tak, aku rasa aku menaip ni dah macam ke Laut Cina Selatan sudah. Biasa la kan.. Pakcik ni terkembang lebih. Lepas tu, dah lama tak menaip sakan macam ni tau! Lepas tu pulak, kalau nkorang nak tahu, start dari semalam, sakan sungguh Acik AJK KIAH PROPA membahan aku. Luar dalam kene tibai. Hahaha.. tak cukup dalam what’s app, sambung kat FB. Tup tup.. tak terhenti kat FB.. sambung terus blog Puan Bee. Dah macam pantun Jarjit Singh.

NOTA: Hati akan lebih gembira bila mana melihat orang lain suka dengan hasil kerja kita. Bukan berbangga, tapi ianya kepuasan.