Macro extension tube untuk Sony Alpha, tadek mende alah nak tolak ni. Jadi pakai dawai je untuk sendal

Berapa modal? RM30.00 jer… Ini lah dia antara hasil macro lepas menggabungkan kitlense bersama dengan extension tube. Masalah untuk pengguna Sony Alpha adalah lense dia agak manja. Sebab dia ade spring yang akan menutup aperture secara automatik kalau lense dicabut dari body. Tapi itu bukan penghalang. Boleh je guna dawai kalau nak sendal mende alah tuil yang nak bukak aperture tu. Tadek la susah pon.

Jelas? Mudah kan? Jom layan alam halus hari minggu ni.

Cubaan pertama. Ni la modalnye, tak perlu pergi jauh-jauh untuk ngetest ET.
Puas tak terkata.. segala habuk mak nenek pon boleh nampak dengan jelas
Nahhh... Koko-Crunch. Amacam.. terliur atau ngeri?
Gambar duit seringgit. Tiada sebarang proses cropping dilakukan untuk semua gambar kali ni.
Cube la teka ape dia? Ini lah bawang dan cendawan kat atas pizza-hut!
Cantik tak bubble ni? Nak tau dari mana?
Dari botol gel rambut aku... hahaha..
Kalau boley gadai kan best... hahaha.. Backdround merah sebab duduk atas kotak pizza-hut.
Kalau tengok mata kasar... macam nampak tak nampak je garis barcode ni
Macam penuh kuman remote tv ni. Jangan lupe, lepas pakai remote sila basuh tangan!!!
Lagi koleksi buih gel rambut yang aku rasa macam osem!
Ok.. yang ini mengelas... tanpa sebarang aksesori. Melayan Amirul main buih sabun.

Nota: Itu la bezanya macro photography dengan hobi fotografi biasa. Aku tak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan bahan/subjek. Sekitar rumah dah cukup untuk menjadikan satu catatan hujung minggu. Bukan ape.. aku risau nanti kamera aku tumbuh cendawan taun macam HeyMijie.. bhahaha!