Nombor dua? Tapi... siapalah aku ni yang layak disenaraikan sebegitu!!!
Antara senarai nama yang akan hadir.. segannya aku.. duduk nombor dua!

Bismillah… Jelaslah sekarang ni dah tahu siapa yang hadir dalam acara “Sepetang Bersama Blogger 2013” untuk tahun ni. Dari apa yang aku perhatikan, ramai rakan blogger yang buat catatan peribadi pasal aktiviti ini. Aku juga tidak mahu ketinggalan. Meskipun agak lewat.

Kelewatan berpunca bukan kerana aku kekeringan idea ataupon tidak mahu menyentuh bab pergaulan sosial secara nyata. Tapi aku merasakan yang aku ini terlampau kecik bila dibariskan dengan kamu yang mungkin hadir nanti. Rata-rata dari pandangan mata kasar aku perhatikan barisan mereka yang hadir bukan dari calang-calang individu. Ada Pakar Hartanah, Pakar E-Book, Top Blogger, Pakar SEO, Pakar Motivasi, Sumber Inspirasi, Fulltime Blogger… Wah… kalau nak ku sebutkan… cuma mampu yang terkeluar dari mulut adalah: Hebattt… memang hebat…

Tapi, sekali lagi kembali menundukkan kepala aku bila mana memikirkan siapakah aku di kalangan mereka yang hadir? Adakah aku juga dikalangan mereka? Apa kelebihan aku? Apa kehebatan aku? Apa perkara yang boleh aku ketengahkan untuk pandangan mereka? Apa perkongsian yang dapat aku manfaatkan untuk sekian hadirin yang hadir… yang rata-rata mereka semua lebih hebat dari aku?

Berfikir dan terus berfikir supaya kehadiran aku untuk sesi kali ini, sedikit sebanyak memberikan inspirasi pada diri aku sendiri. Juga mungkin… memberi sumber inspirasi pada rakan yang hadir. Mungkin juga mampu ku kongsikan sedikit tips yang berguna barangkali… atau lebih kepada menerima apa sahaja input yang mungkin mereka akan sampaikan.

Barangkali, inilah masa yang sesuai untuk aku menonjolkan diri? Haa… sape tahu kan? Kalau ianya telah ditakdirkan sebagai titik permulaan dalam hidup. Apa yang penting, peluang datang walaupon sebesar puntung mancis, jangan disia-siakan.. Dari sebesar puntung mancis tu la boleh menjadi api yang membakar rumah!

Kalau mahukan perubahan dalam diri, corak pemikiran kene keluar dari kotak kebiasaan. Bak kata orang.. sila gantikan dengan tempurung yang lebih besar. Atau kalau terlebih berani, tak perlu lagi pakai tempurung, sebab helmet sekarang lebih berkualiti. Faham?

NOTA: Bila duduk bersendirian… kerap aku memikirkan… “mengapa”, “bila”,  “siapa”, “apa” dan “bagaimana” semua yang sedang berlaku dan beredar dalam diri aku. Mesti ade sebab kenapa ianya terjadi begitu.