Aktiviti syok sendiri. Kesian… ini la nasib juru gambar. Gambar sendiri tadek yang elok

Sekarang ni dah tak macam dulu dah. Nak menulis pon slow. Bukan sampai tahap tadek cerita… tapi lebih kepada, tak perlu nak kecoh sangat. Biasa la… kalau dah nama blog peribadi, tak semua perkara boleh dicerita kat orang. Dari kesah nak balik kampung ke kedah… sampai ke hujung minggu ni. Semua aku rangkul dalam siri koleksi gambar pada kali ni. Tak larat nak cerita dah.

Kali ni kita berblog berkonsepkan gambar dan caption.. ok, chekidautttt~

Pergi beraya kat rumah pak menakan… kat Gurun. Dalam dok pikiaq nak pi carik mee udang
Masing-masing mata dah ngantok tunggu mee udang. Carik satu Gurun, tapi kedai banyak tutup.
Pak Long Mad… dok lapaq menunggu mee udang. Tak sampai-sampai.. hahaha
Inilah dia mee udang yang dicari-cari.. merata Gurun dok carik.. last-last, kedai dekat rumah gak yang ada.
Aktiviti dua beradik kembar.. Amirul dan Bukhari… Kembar tarikh lahir sama.. tahun berlainan. Unik betoi.
Adik nak gula-gula ya…. sat na, abang tolong bukak satttt.
Aktiviti pada Hari Raya Haji ke dua – Panjat Gunung Jerai
Pemandangan pada aras 986m dari aras laut.
DENAI – Dunia berlainan di Gunung Jerai yang mungkin kita tak tahu
LUMUT – Hijau yang segar mata memandang.
DENAI 2 – Antara lorong yang mungkin anda tak mahu nak lalu kalau tahu ia menyusur ke mana.
DIMENSI – Dimensi kita dan “dia” tak pernah sama, walaupon kita di dalam bumi yang sama.
TERNAMPAK – Kot kot… kalau ternampak ade gadis-gadis yang tengah mandi kan… cuba perhati.. ade nampak tak?
CURIGA – Memang masa tangkap gambar ni.. aku rasa feel lain macam kat kawasan ni.
HARI INI – Owh… ini cerita pada minggu ini. Teman sepupu Amirul di Majlis Convocation Tadika Capital, KL.

NOTA: Mungkin sekarang ni faktor umur dan jugak kekangan masa… motif menaip blog, kelaut ya amat. Kemudahan Facebook untuk perkongsian media peribadi memang mengekang aktiviti berblog.

Nota 2: Salam Hujung Minggu