Wahai semut merah... cer carik posisi yang senonoh sikit kalau nak melepak tu...
Wahai semut merah… cer carik posisi yang senonoh sikit kalau nak melepak tu…

“Itu la… lain kali jangan simpan gambar makanan dalam tablet” – hahaha itu la ayat pertama Kak Kujie bila pertama kali tengok gambar kat atas tu. Dangg.. aku ni bukan la FoodPornStar macam brader kita sorang tu. Kalau dia, aku memang yakin la.. bukan setakat semut je ada dalam tablet/henpon/kamera/laptop… itu lipas pon boleh bersarang.. bhahahaha LARIKKKKK….

Dann.. disebabkan aku punye la tension dengan semut yang tak boleh keluar ni… maka aku ambil initiatif untuk bukak sendiri Samsung Galaxy Note 10.1 aku. Kalau nak hantar kedai, tak tau berapa zaman pulak boleh siap. Lagipon, boleh la tambah pengetahuan pasal baik pulih gadget-gadget ni kalau in future bermasalah.

Dann… ini juga bukan pertama kali aku membuka dan membaraikan gadget aku. Sebelum ni, Nokia N95, HTC HD7 dan HTC Desire HD. Sekarang… giliran Samsung Galaxy Note 10.1 pulak.

Tak susah, zaman sekarang ni, serba canggih. Antara rajin dengan malas je. Kat YouTube tu bersepah tutorial tentang procedure yang betul nak bukak Galaxy Note 10.1 ni. Tapi sebelum tu.. aku cuma hairan.. macam mane la semut ni boleh duduk bawah screen note aku ni.. isshh…

Jom tengok kerja-kerja membukak sebuah Galaxy Note 10.1.

Antara tools yang aku gunakan untuk membukak Galaxy Note 10.1 aku
Antara tools yang aku gunakan untuk membukak Galaxy Note 10.1 aku
Ini pon dah banyak mata screw driver yang hilang. Main dek Amirul.
Ini pon dah banyak mata screw driver yang hilang. Main dek Amirul.
Power Supply Cable yang menyambung kan bateri dengan papan induk (main board)
Power Supply Cable yang menyambung kan bateri dengan papan induk (main board)
Aku pon tak pasti yang ni "Module" untuk ape. Apa yang aku tahu, ini pon kene cabut.
Aku pon tak pasti yang ni “Module” untuk ape. Apa yang aku tahu, ini pon kene cabut.
Daripada sini, ada 4 jenis ribbon utama. Nak membukaknya perlu ada teknik yang betul
Daripada sini, ada 4 jenis ribbon utama. Nak membukaknya perlu ada teknik yang betul
Kalau la ribbon ni terkepak atau patah.. jawab dia.. sia-sia la usaha.
Kalau la ribbon ni terkepak atau patah.. jawab dia.. sia-sia la usaha.
Perlu membuka screw yang "mengikat" batteri terlebih dahulu
Perlu membuka screw yang “mengikat” batteri terlebih dahulu
Fasa pertama: Selepas mengeluarkan batteri dan papan induk (main board)
Fasa pertama: Selepas mengeluarkan batteri dan papan induk (main board)
Kat sini ada kamera depan, kamera belakang, Flash Light dan lubang audio jack
Kat sini ada kamera depan, kamera belakang, Flash Light dan lubang audio jack
Ini la dia komponen-komponan yang perlu ditanggalkan sebelum menanggalkan screen
Ini la dia komponen-komponan yang perlu ditanggalkan sebelum menanggalkan screen
Tadaaa..... akhirnya.. dari seketul.. menjadi sekeping....
Tadaaa….. akhirnya.. dari seketul.. menjadi sekeping….
Buangkan semut yang dah tamat riwayat, bersihkan screen... dan TADAAAAAaa.....
Buangkan semut yang dah tamat riwayat, bersihkan screen… dan PLINGGGG….

NOTA: Ye… kepada sesiapa yang nak aku baraikan laptop, desktop, henpon, tablet… boleh hantarkan email kepada: admin[a]azmanishak.com. Sebarang kerosakan adalah tanggung jawab anda sendiri ye.. haha!