Alhamdulillah… sejak bulan Mei ni.. page view semakin meningkat. Heran gak. Padahal tadek buat apa-apa site maintenance pon. Cuma saya lebihkan pada fokus pencarian kata kunci di Google. Buat masa ni masih maintain dalam sehari boleh mencecah sehingga ke tiga ribu semakan/lawatan/belekan (PAGE VIEW) untuk AzmanIshak.Com.

Perkara yang perlu difahami dalam menggunakan kata kunci Bahasa Melayu adalah pada TAG dan Kategori. Satu ketika dahulu saya suka bermain TAG yang panjang lebar sebab sebagai contoh kata kunci carian yang datang adalah pelik pelik seperti:- “Ok tak telefon HTC?”, “Cara-cara nak buat SubDomain kat CPanel” atau mungkin “REVIEW – #Maxis10 HTC HD7” dan sebagainya.

Perkara macam ni la yang akan mengekalkan jumlah lawatan dalam sehari tak kurang daripada seribu ribu. Saya memang tak pandai bermain SEO jauh sekali menjadi nujum SEO. Cuma berblog seperti biasa. Kalau ada nak update.. saya update.. kalau tak.. biar jer bersawang. Ada masa nanti.. buat house keeping.

Nota: Mereka yang pernah memberi tunjuk ajar saya dalam arena blog seperti @Aeropama, @Noktahhitam dan @Life4Hire cakap.. nak main kata kunci dalam penulisan dengan BOLD, Underline dan juga CAPSLOCK perkataan yang dikira GOAL kepada catatan kita.

Nota2: Waktu untuk melepaskan catatan berjadual blog peribadi adalah bermula hari Selasa jam 08.45pagi. Waktu ni ramai yang masuk ke pejabat.. sementara nak tunggu boss datang.. mereka lebih suka membaca suapan RSS ataupon blog hop. Cuba lah.. tak rugi pon.

Nota3: Terima kasih kepada anda yang sudi membaca kerana anda adalah salah seorang penyumbang kepada statistik ini. 😀

{EAV_BLOG_VER:ab6fa5ab11fa53d6}