Lopak yang hanya sekadar pandangan biasa.

Baru-baru ni aku ade terbaca pasal teknik fotografi ni dalam sebuah blog jurugambar profesional. Agak tertarik dengan teknik pantulan dan putaran, jadi petang tadi aku cuba sendiri… Kebetulan hari ni hari cuti am sempena perayaan Deepavali. Tapi Mama Amirul pulak kerja. Maka sekali lagi seperti biasa temakan dia di tempat kerja. Dengan berbelakkan apa yang aku masih ingat pasal teknik pantulan dan putaran ni… aku cube pada lopak air di PPUM ni dan hasilnya… aku tersenyum sorang-sorang.

Rasa puas bila boleh aplikasi teknik ni dengan menggunakan kamera sendiri… meskipon kamera murah :p Imej-imej kat bawah adalah pantulan subjek yang aku tangkap dari lopak air. Ye dari lopak air… kemudian pakai software Photoscape untuk menterbalikkan imej tersebut pada putaran 180°. Maka terhasillah pantulan ilusi pada permukaan seolah-olah aku sedang tangkap dari bawah lopak air menghala ke atas.

Lopak2- Cubaan pertama kedua dan ketiga selalunya hasil masih kurang memuaskan...
Lopak3 - Ini bukan teknik Photoshop. Gambar seolah-olah dalam dimensi yang berlainan.
Lopak4 - Seolah-olah di alam mimpi kan?
Lopak5 - Gunakan photoscape untuk: Rotate 180°, color enhanced + sharpness.
Lopak6 - Ok.. sekarang percaya tak? Gambar bukan dari teknik photoshop kan? kan???
Lopak7 - Ada sedikit touch-up pada Contra dan juga Sharpness. Harap maklum.
Other1 - Artwork tidak berkaitan. Sementara nak tunggu time 09.00pm di Kolam PPUM
Other2 - Gambar telah di edit.. dibuang noise dan juga di naikkan Sharpness.
Other3 - Landskap ini diterangi sportlight. Jadi kene set White Balance yang betul. ISO agak tinggi.

 Nota: Cemuih gile sementara nak tunggu Mama Amirul balik kerja. Laptop tak bawak… bateri hanpon habis… charger henpon tertinggal kat opis. Owh Bagus!!!