Dok pakat-pakat tukaq kuih ka apa dengan kereta jiran sebelah.. hahaha tension dowh
Dok pakat-pakat tukaq kuih ka apa dengan kereta jiran sebelah.. hahaha tension dowh

Masa tu, malam yang agak gelap dan membosankan. Anak-anak dan isteri memang dah tidur. Lagipon perjalanan jauh, tak tergamak nak suruh isteri berjegil bijik mata, semata-mata untuk bersembang dengan aku. Sambil-sambil kereta tersangkut dalam JEM, aku keluarkan kamera.

Mulanya… aku pakai kamera henpon je. Sebab risau kereta terhoyong hayang. Tapi selepas dah terperap tersangkut lama sangat… aku terus keluarkan DSLR. Nah ambik puas hati. Brader Mrader kat kereta sebelah usha cam tak puas hati. Lantak la kan? Dah jem tak bergerak.

Pengsan wooo.... dah la drive sorang-sorang. Walaupon ade teman kat sebelah... tapi depa tidok.
Pengsan wooo…. dah la drive sorang-sorang. Walaupon ade teman kat sebelah… tapi depa tidok.

Bosan gile woo… bayangkanlah dok bawak kereta sambil tersengguk-sengguk dari Rawang lagi dah start JEM. Kemudian, secara rasminya bermula JEM kat Behrang… perghhh sampai la ke tembus ke Terowong Menora… sampai ke Taiping. Bapak ar. Kaki sebelah kiri konfem bersila. Nak berhenti kat perhentian pon penuh sesak kenderaan melimpah sampai kat luar.

Peta di jalan raya. Rasa macam nak tarik handbrek, dan bersila ramai-ramai kat highway. buat rumah terbuka
Peta di jalan raya. Rasa macam nak tarik handbrek, dan bersila ramai-ramai kat highway. buat rumah terbuka

Redo je la.

Nkorang bayangkan... kalau masa ni sakit perut ke.. air panas anak habis ke? tak pon...nak pi buang air ke? Perghhhh
Nkorang bayangkan… kalau masa ni sakit perut ke.. air panas anak habis ke? tak pon…nak pi buang air ke? Perghhhh