Aku suka menggunakan apa juga resources yang ada sebagai studio.
Aku suka menggunakan apa juga resources yang ada sebagai studio.

Pagi ni, macam dah gian sangat nak main macro… dah gian sangat nak petik kamera… dah gian sangat nak update blog sendiri untuk meletakkan sekeping dua foto untuk tema #FotoBESAR. Elok sesampai aku ke opis, terus ku kepakkan bunga dijambangan pagar.

Di jinjit sambil diperhatikan sekalian pekerja kilang yang ada. Siapa pulak hari ni, gerangannya yang akan menerima bunga istimewa dari En. Azman ni? Barangkali nak bagi kat awek cleaner kot? Tolong la… sila carik model yang jelita sikit kot ye pon nak gossipkan aku pagi ni.

Peralatan Karya:

  1. Cawan (untuk alas extension tube – Free)
  2. CD Case (untuk lapik cawan supaya tinggi – Dah lama beli)
  3. Extension tube manual (untuk letak jambangan bunga – RM30.00)
  4. Sejambak Bunga (petik kat pagar kilang je)
  5. Kamera (Canon EOS 60D)
  6. Speedlight (Yong Nuo YN560 II – RM250)
  7. Meja tulis (Ini  meja aku kat pejabat aku)
Gambar bunga putih dalam extension tube, berlatarbelakangkan screen komputer.
Gambar bunga putih dalam extension tube, berlatarbelakangkan screen komputer.
Gambar makro bunga warna putih - Tajuk gambar pon nak SEO. LOL~
Gambar makro bunga warna putih – Tajuk gambar pon nak SEO. LOL~

Maka ini lah dia. Sesampah Gambar pertama kepada gambar yang sangat beharga. Bunga putih berlatarbelakangkan hitam bermaksud kesedihan, kemurungan, kematian, misteri dan mistik. Tapi, jangan disalah anggap. Ia tiada kaitan dengan keadaan semasa. Hanya sekadar hobi dan kerja seni.

Pada aku, tak perlu membazir buat macam-macam perkara yang rasanya kita tak termampu nak buat atau nak beli macam orang lain. Kalau poket kita berkepuk dengan duit, tak pe. Tapi kalau kita orang biasa macam aku ni… maka persekitaran adalah asset yang tak ternilai untuk sebuah karya.