Selamat Pengantin Baru Dik Ran dan Nor

Hari ni, sekali lagi berkesempatan jadi fotografer tak bertauliah. Sebenarnya kan.. nak kata pandai tu idak la.. kalau setakat majlis kenduri-kendara suku-sakat sendiri, berani la aku pi ambik gambar… kalau untuk majlis orang lain, tak berani aku. Kejap lagi… banyak gambar yang rijek. Untuk tugas rasmi yang macam tu, elok la kita bagi kepada mereka yang memang dalam kerjaya fotografi. Tak perlu nak potong line orang hanya disebabkan minat kita.

Belum boleh lagi nak covered wedding event. Pasalnya, banyak movement dan juga aturcara majlis… juru foto nak kene ambik tahu. Apa yang nak di cover… apa yang nak di produce.. apa yang client dia nak. Boleh dikatakan, menjadi juru foto perkahwinan, adalah satu tugas yang mencabar.

Jom jom… tengok pulak, minggu ni ape hasil latihan menembak.

Malam kenduri, jaga kemah sambil streaming Maharaja Lawak Mega
Pagi hari… pengantin perempuan dok bersiap posing kat tangga rumah mertua
Yehaa… promosi kambing golek untuk mereka yang berminat membuat tempahan
Tokeh kambing golek adalah abang aku yang menjalankan perusahaan ni di Banting.
Kakak ku… bergambar bersama anaknya
Pengantin sedang beri plan lokasi untuk datang ke majlisnya
Masing-masing dok tulis kad ucapan… tak tau la ape yang ditulis tu.
Beramah mesra dengan tetamu dan ahli keluarga yang hadir.
Kambing golek yang dah clear.. tinggal tulang sudah!
Pasangan pengantin dan rakan-rakan kolej dari UTM Skudai.
Daripada tukang bagi gift, sampai ke serving, semua adik beradik anak beranak je.
OVER EXPOSED: Ok yang ni pengelas gambar… Amirul Amin dengan botol susunya

NOTA: Ok cukup kot untuk tatapan minggu ni. Lama sangat bersawang. Sekali sekali macam orang yang bermusafir balik ke rumah sendiri. Sambil buang sawang dalam rumah.. sambil tebas rumput kat laman.