Salam ceria dan salam hujung minggu. Dah dua tiga hari tak dapat nak online. Memang internet terjejas teruk buat masa ni. Minggu depan saya akan bertukar ISP. Rasanya dah tak sanggup nak maki hamun kat Twitter. Kalau boleh nak secepat mungkin terminat. Bengang gile. Nak buat kerja semua tertangguh. Mana tak kalau tengah nak upload gambar, tiba-tiba modem boleh blinking pulak. Sapa tak panas hati kan?

Owh ye.. sempena hujung minggu ni ade sedkit perkongsian bahan bacaan. Kiriman email dari rakan sepejabat. Agak khusyuk jugak saya membaca semalam. Rasanya, mungkin ada di antara kamu yang pernah terbaca mengenainya. Soal manusia mempertikaikan akan kewujudan Tuhan. Kalau orang suruh kita buktikan kepada mereka yang tuhan itu wujud macam mana kamu nak tunjuk? Ahaa… kompius? Macam ni citer dia…

Tunjukkan dimana Tuhan!

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.  Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

  1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
  2. Apakah yang dinamakan takdir
  3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: (terkebil-kebil…)

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Nota: Lepas ni kalau sapa yang tak percaya tuhan itu wujud, pelempang je. Kerana pelempang ini menjawab segala persoalan mereka. Hehehe.

Nota 2: Terpaksa online menggunakan Nokia N95 sebagai modem. Dihubungkan terus kepada komputer. “Eh.. En. Azman.. kata ISP dulu pawerrr?” Saya nak terminat ok… customer service bagus tapi line kerap terputus, lepas tuh tadak tindakan selanjutnya. Ni baru nak balas semula komen-komen rakan untuk entri yang lepas. Hadoi ai~