Imag0434

Macam biasa. Tugas Mama Amirul nak kene pastikan semua anak-anak didik balik ke rumah dengan selamat. Aku plak hari ni dah memang cuti, jadi lepas sampai PPUM, aku terus je lepak sini sampai Mama Amirul habis kerja.

Imag0438

Habis kerja bermakna semua anak didik dah diambik oleh penjaga. Lagi tak balik… Tunggu je la. Haih.. sigh jugak la kan. Ape bley buat. Sabor jer la kan! Ini la sebahagian pengorbanan yang boleh kita sebagai orang laki ni buat. Nak suruh mengandung anak tu… Memang tak dapek la… Kalau ehem-ehem :-p lol tu boleh.

Imag0437

Hari ni kebetulan plak yang Mama Amirul bertugas sorang. Memang tadek partner. Sepatutnya ada. Penyelia yang buat jadual tu terlepas pandang. Dibaca, kalau lepas aku hantar tadi… Aku terus balik… Nahhhh… kene getah la Mama Amirul duk sorang-sorang.

Imag0441

Besok rasanya nak berehat kat rumah je. Tadek aktiviti nak buat selain dari Matathon Movie sampai lebam. Eh… Citer Tekken 2011 memang layan. Dah tengok?

2011-11-26_19-19-58

Nota: Aku suke la pakai SmartNote for Android ni. Buat draft, tangkap gambar… Lepas tu share je note ke blog pakai Posterous.com. Tak macam hantar email live blog biasa.