Lepak, santai dan berfikir by aimedianet

Lepak, santai dan berfikir, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Time-time lepak sorang-sorang macam ni, mula la idea mencurah-curah datang. Nak buat itu nak buat ini. Ini perkara lumrah kalau dah lama sangat bercuti. Nak mulakan momentum tu agak makan masa jugak.

Biasanya kalau lepak macam ni, aku pastikan ade pen dan kertas. Itu kalau kat opis, kalau lepak kat rumah, aku pakai Galaxy Note. Senang skit nak mencurahkan idea. Banyak perkara perlu diselesaikan pada tahun ni. Perancangan demi perancangan. Tapi bila berbalik pada mood terlampau rileks, penyakit MALAS menyerang balik.

Harapnya dalam musim cuti hujung minggu ni, boleh selesaikan perkara yang tertangguh. Kalau tak mula, macam mana nak tahu berjaya ke tidak.

Owh ya, aku mencari beberapa blogger yang bernichekan foodblogger, travelblogger, technews blogger, photoblogger dan seangkatan untuk menjadi pengetest FOTOBESAR versi 3.6 yang akan aku release tak berapa lama lagi.

Sorang akan dapat satu lesen. Kepada mereka yang dah beli fotobesar sebelum ni, aku offer jugak satu lesen untuk kamu. Dan versi kamu sedia ada akan dikemaskini kepada versi 3.60 jugak. Tawaran hanya untuk blogger pada platform wordpress sahaja. Kalau berminat, majukan kemahuan anda pada ruang komen. Aku mencari 3 orang dari setiap niche di atas. Sape cepat, dia dapat.

Thanks,

Azman Ishak.