Macam biasa, sebelum aku buat komplen, aku akan hadirkan diri ke lokasi yang aku nak komplen. Sekarang aku ada kat TM TITIWANGSA. Tujuan aku ke sini sebab aku nak tukar pakej internet aku daripada BIZ5 kepada VIP10. Nampak macam mudah, tapi pengurusan jadi melecehkan.

Secara ringkas, dulu aku amik pakej BIZ sebab nak kan domain dan hosting. Tapi oleh sebab hosting NETMYNE dari Telekom amat tidak efficien, jadi aku biarkan je domain dan hosting tu jadi tukun.

Sekarang rasa nak back to normal user. Nak pakai VIP10. Bayaran bulanan sama je kot antara BIZ5 dan VIP10. Apa masalah dia kan? Tapi, apa yang jadi merumitkan adalah, bila aku membuat pertanyaan, petugas di kaunter memaklumkan procedure pertukaran pakej tersebut.

Aku perlu terminate current account (biz) kemudian apply VIP. Arkkk tergamam kejap aku. Kenapa begitu susah? Disaat zaman sekarang, akses maklumat dihujung jari, procedure downgrade pakej sama macam sistem yang digunakan pada zaman pakai dialup modem. Ye aku paham procedure nkorang. Soalan aku, pasai ape sistem nkorang tak canggih bebeno? Malu lah!

Aku perlu tutup akaun sekarang… Aply yang baru, dalam masa yang sama, kene pulak pulangkan equipment kat rumah. Padahal menatang beruk yang sama jugak la dipakai untuk pakej VIP. Cume configurasi je berlainan dan korang kene bagi IPTV. Tu je kot. Pening aku. Tak boleh nak terima sebab ini berurusan dengan pihak pembekal internet kot??? Logik tak?

Thanks,

Azman Ishak.