Mendung dikala petang, kejayaan takkan menunggu by aimedianet

Mendung dikala petang, kejayaan takkan menunggu, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Buat sesuatu dan gagal adalah perkara biasa bagi seseorang yang berazam untuk berjaya satu hari nanti. Mungkin aku agak lewat memulakan langkah, tapi itu lebih baik daripada aku tak buat apa-apa langsung.

Kalau kita nak maju, memang susah kalau kita dok asyik nak mengharap "pushing" daripada orang lain yang dah sedia maju. Setakat kata-kata semangat, mungkin boleh la diberi sepatah dua. Tapi kalau tak ada self improment, orang pon naik meluat.

Tahun sudah aku melihat begitu ramai rakan-rakan seperjuangan yang jatuh bangun… Jatuh balik dan terus bangun… Jadi kita tak boleh salahkan orang sebab tanak bagi peluang pada diri kita untuk terus maju. Semuanya perlu berusaha keluar dari kepompong selesa.

Eh dah pukul 6.00pm la. Baru je nak mengarang. Sekali dah tiba masa untuk balik ambik anak.

P/s: Hebat betul penangan #kangkung hari ni kan? Hahaha

Thanks,

Azman Ishak.