5 Comments

  1. Sharafie
    12/06/2014 @ 12:19 pm

    Faktor kawan² tu paling besar sebenarnye..kita nk berenti ni siap xbeli rokok da..tetiba dtg kawan offer rokok plak..dugaan mmg besar..hanya hati yang kental sahaja dpat melawan nafsu untuk merokok ni..aku pun dalam proses pemulihan daripada rokok sebab da cuti xde kwan yang boleh mengacau aku..hahaa

    Reply

    • Azman Ishak
      13/06/2014 @ 2:38 pm

      memang betul… kalau nak berhenti merokok, kawan kaki rokok memang paling kuat meracun. tapi mujur la, kehendak berhentian aku disebabkan aku sakit teruk sebab batuk. jadi kawan pon tak berani nak suruh aku isap rokok.

      aku cakap dgn dia, kalau aku sakit masuk hospital karang… nkorang tolong jaga anak isteri aku taw… terus masing-masing tak berani dah nak pelawa or ajak isap rokok.

      sebenarnyakan, adalah satu kebanggaan taw, bila kawan ajak isap rokok, dan kita dengan konfident menolak – “aku dah berhenti merokok la” – rasa proud. sebab bukan semua perokok mampu berkata sedemikian.

      Reply

  2. Wafa
    27/05/2014 @ 1:56 pm

    Hanya kekuatan diri sendiri yang dapat menghentikan perokok daripada merokok. Faktor luaran seperti ubat & kawan kadang2 membantu & kadang2 tidak.

    Reply

  3. Perokok Tegar
    26/05/2014 @ 11:40 am

    Bro, bleh bg tips tak camner bro dr mula nak berhenti merokok sampai la ke skrg ni.

    Reply

    • Azman Ishak
      26/05/2014 @ 9:21 pm

      sebenarnya kesahnye bila pada satu ketika, sedang isap rokok, saya teringat yang tak lama lagi nak puasa. heran kan, masa bulan puasa waktu siangnya, kita selambe je boleh menahan rasa untuk tidak isap rokok. tapi lepas bukak puasa, kembali jadi “jahil”. walhal dalam bulan puasa, tadek pon syaitan nak hasut untuk isap rokok,.

      dari situ, saya berkata, bukan tak boleh berhenti, sebenarnya belum ada niat nak berhenti. terus saya tanamkan azam… sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ni, sya nak berhenti merokok terus.. tereus berhenti.. tanak isap dah.

      sambil-sambil termenung sambil isap rokok, tanam semangat dalam hati, bulan puasa ni, bulan berhenti terus merokok. kalau tuhan nak jadikan sebab untuk aku berhenti merokok sekarang ni… aku akan sahut.. dan terus berhenti.

      mungkin jugak dengan doa di dalam hati, sempena kemuliaan bulan Ramadhan, Tuhan turunkan nikmat sakit. saya sakit teruk disebabkan batuk… batuk terus muntah, muka merah-merah… azabnya tak perlu cerita. setiap kali batuk dan muntah setiap kali tu rasa lendir akan keluar bersama muntah.

      sakit ni berlarutan sehingga ke dua minggi. dalam masuk minggu kedua, saya sangat tak bermaya sebab selalu batuk. lantas saya putuskan pada besok hari, saya tidak akan merokok. walapon ketika tu, rokok saya berbaki 3 batang… kebetulan pula masa balik kerja, dah standby sekotak penuh untuk stock malam dan besok hari.

      hampir sebulan kemudian, masih jugak berbaki 3 batang rokok dan 1 kotak penuh tidak diusik. waktu pemulihan sakit, ada juga cuba-cuba isap rokok,. tapi tiap kali isap rokok, saya akan batuk dan muntah dengan teruk. terus tak berani dah nak isap rokok. macam jadi pantang.

      alhamdulillah… sekarang dah nak masuk dua bulan tak merokok. walaupon saya akui ketagihan untuk merokok semula tu, memang kuat… cume gula-gula ni la yang jadi penyelamat untuk tidak merokok.

      sekian.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge