Bunga rumput. Aku rasa.. kalau betoi nak ke arah MACRO, aku kene beli Extension Tube 😀

Peringkat ni dikatakan peringkat menggatai. Kalau nak diikutkan… segan nak publish sebab tahap yang orang kata belum nak sampai level. Tapi nak buat macam mane kan… prektis make perfect. Memang betul la… photographer yang layan macro adalah seorang yang hebat dan penyabartekun dan penuh ketelitian. Ada ciri-ciri tu? Insyaallah… boleh main MACRO. Aku? Setakat bidan terjun boleh la.

Bintik air pon jadik kalau dah tadek subjek.

Sebenarnya ni bukan kategori macro lagi. Ini baru peringkat Close-UP. Aku cuma menggunakan Sony Alpha dSLR 290 bersama kit-lense dan juga MACRO Filter +8. Gambar memang semua dah di edit. Warna tidak di usik kecuali cropping dan juga sharpness. Mungkin ade yang terlebih sharpness. Maafkan aku… masa editing tu.. aku baru je balik dari Pahang baru kejap tadi. Sebab tak sabar nak tengok hasil… terus je editing. Mata sebenarnya dah kelabu. Orang suh buat cermin mata… tapi tak ndak!

Sibu-sibu aka pepatung... sila habaq... sape suke cucuk punggung dia dengan kemuncup???
Bintik air nombor 2. Masa aku mula nak layan CLOSE-UP ni... hujan mula renyai-renyai
Tak cukup umph lagi... kalau boleh nak gambar mata labah-labah yang ade 8 mata tu je
Pakai flash... tapi set mode SLOW-FLASH. Lepas tu.. defuze popup flash tu dengan kertas. haha...
Tu la dah cakap.. tak cukup pawer... Nak kene dapatkan jugak MACRO Extension Tube la macam ni.
Photoscape enhanced. Tapi aku cuma increase +1 sharpness jeerr dari big pixel dia. Kemudian resize :p
Mata dia tak berapa nak nampak kotak-kotak dengan clear la kan...
Menukarkan sedikit sudut tembakan berbanding yang atas. +1 sharpness 😀

NOTA: Mujur bawak balik KIT-LENSE. Kalau tak.. nak tangkap close-up.. mane nak layan kalau pakai Telephoto. Telephoto aku berdiameter 49mm manakala Close-UP filter aku 55mm. Mane bley masuk. Lagipon tak charerr laaa.. haha~