Sapa ada join Group Blogger KakiPhoto kat FB akan tau la perkembangan projek ni.
Sapa ada join Group Blogger KakiPhoto kat FB akan tau la perkembangan projek ni.

Sepatutnye sekarang ni aku dah melangkah masuk tajuk baru dah, tapi dek disebabkan tanak buat kerja dua kali di penghujung kerja, maka aku buat terus buat dalam Adobe Indesign berbanding buat draft dulu. Sebenarnye sekarang ni aku dok sebok menyiapkan E-Book Teknik Asas dSLR. Ebook yang penuh informasi dan warna-warni. Insyaallah aku nak buat yang habis molek kalau boleh tu.

Untuk buku ini, aku akan mintak dua orang rakan fotografer aku sebagai auditor untuk semak karangan aku nanti. Ye la kan… aku ni main sedap je buat karangan… kejap lagi, bila baca balik, bukan jadi ebook, dah jadi buku kelaut ayah pin ajaran sesat dalam fotografi plak. Haaaa sudahh mampoih aku orang komplen. Insyaallah, biografi auditor-auditor akan dimasukkan ke dalam 2 mukasurat beserta dengan portfolio beliau sebagai kredit.

Untuk buku ini, aku cuba bawakan konsep kelainan termasuk dari segi susun atur dan juga penyampaian. Macam aku cakap tadi, sebelum ni aku dah buat dah draft dalam Microsoft Word. Konon cadangnye nak buat draft la dulu, kemudian baru nak masuk dalam Indesign. Lepas tu aku pikir, macam buat kerja pak pandir la plak. Nanti nak edit lagi, nak re-adjust layout lagi… baik selambak terus buat dalam satu platform. Tak perlu nak menapak banyak jenis software dua tiga kali kan.

Ok la… sekarang ni nak sambung siapkan ebook ni. Saje update untuk minggu ni.

Nota: PSSSssssttt…. hari Sabtu ni nak kene pergi Taman Tasik Perdana kot.. ade shooting waktu pagi.