Herm…. tarik nafas sekejap. Lama juga aku pikirkan pasal perkara ni. Perkara-perkara yang diluar kemampuan akal untuk diterima. Kalau keputusan sebegini yang diminta… apa perasaan kamu agaknya? Runsing, celaru, nak marah, nak maki, nak tokak, macam macam lagi la. Terlampau pikirkan sangat masalah yang melanda, sehingga boleh menjejaskan perhubungan. Punca mungkin datangnya dari sendiri juga. Tak boleh nak salahkan sesiapa….

Itu cume intro untuk entri aku pada kali ni. Aku masih lagi setia dengannya. Begitu juga dengan si dia. Masing-masing menerima dengan ikhlas kerana ketentuan Illahi. Alhamdulillah… semakin hampir dengan tarikh yang ditunggu, aku semakin sibuk dengan persediaan. Minggu depan berkemungkinan Mak aku akan datang KL atas urusan aku. Tak lama lepas tuh, mungkin mak si dia pula. Kita anak-anak yang sedang membesar ni, turutkan sahaja la kehendak kedua-dua belah pihak. Hehe…

Satu… banyak… Dua? Jarang-jarang…
Aku tahu kamu semua dah semestinya paham dengan teka-teki di atas ni bukan. Aku heran kalau dahulunya mereka yang pernah aku kenal sebelum menikah kali pertama, bercerita ingin hidup setia kepada yang tercinta. Hanya satu dalam hati. Tapi bila sekarang ni… tup-tup.. aku mendapat tahu, dia sudah menikah kali kedua. Aku cuma mampu ucapkan tahniah untuknya sebagai seorang sahabat.

Tak berapa faham aku dengan perjanjian yang diletakkan pada dirinya. Sekaligus aku sangsi dengan apa yang aku janji dengan diri aku sendiri. Aku berdoa agar Tuhan menetapkan hati aku untuk bersama dengan si dia sehingga akhir hayat aku. Bukan nak sembang besar. Terfikir juga aku tentang janji-janji yang pernah aku dengar dari mulut sahabat aku sendiri. Itu dulu… Sekarang??? Sekarang sudah dua! SUNGGUH HEBAT….!!!

Atas dasar apa sebernarnya perkara ni terjadi? Kalau alasan untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Aku tak setuju… seperti juga ulasan buku yang dihadiahkan kepada aku oleh Bro Cybernetic Minds yang bertajuk:- Aku terima nikahnya… hehehe..

“Sedangkan untuk mengelakkan maksiat kamu tak mampu, inikan pula bernikah kali kedua… ketiga… dan keempat…”

Betul-betul kenyataan tersebut merentap jantung aku sebagai seorang lelaki. Lantas memikirkan tujuan apa sebenarnya mereka sekarang ni bernikah lebih daripada satu. Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri. Biarkan la. Tapi aku tak sampai hati melihat isteri pertama beliau. ERRrrmm…

Kalau kamu seorang lelaki… adakah sanggup berkongsi kasih seorang perempuan bersama lelaki lain? Sudah tentu kejantanan kamu akan tercabar. Begitu juga seorang isteri. Walaupon pada mulutnya merelakan… tapi tidak pada hatinya. Jika kau menghayati diri kau sendiri, kau akan lebih memahami isi hati mereka.

Bila semakin dekat tarikh yang dinanti… aku terkenang kembali penat-perit yang aku lalui tahun lepas dalam entri-entri yang tersimpan di sini. Bila dibaca kembali.. membuatkan hati aku bertambah sayang kepadanya. Semoga Allah memberi petunjuk dan mengurniakan kesabaran dalam diri aku. Amin…

1. How to say:-