Gambar Network komputer di "Dinding-Api" Mikrotik
Gambar Network komputer di “Dinding-Api” Mikrotik

Sama macam aku… dah bertahun-tahun pakai komputer… aku paling renyah nak uruskan perisian antivirus. Antara faktor pertama adalah, sesetengah antivirus ni, bukan menyenangkan hidup aku.. malah merumitkan pengurusan aku menggunakan komputer. Manakan tidak.. kalau kita ni dah kaki keygen, cracking tools, remote backdoor dan sebagainya.. memang sah-sahlah antivirus ni block semua perisian macam tu.

Kita semua tahu yang anti virus memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan komputer terutamanya sistem operasi daripada dijahanamkan oleh anasir-anasir karut marut yang berkeliaran dalam internet. Banyak contoh la kita boleh perhatikan pasal anasir-anasir karut marut yang ada dalam internet ni contohnye seperti virus, cecacing, spyware, adaware, ransomware and bermacam-macam jenis ware lagi termasuklah tapi bukan tupperware tau.

Zaman sekarang ni, anti virus pon berkejar-kejar mencari populariti kalau kita tengok. Ada yang guna pelakon untuk promote produk diorang dan ada juga nama yang gah kerana telah bertapak di dunia internet sejak sekian lama.

Oleh kerana hampir semua perisian anti virus dijalankan secara masa nyata, kadang kala pemasangan anti virus boleh mengganggu gugat prestasi komputer anda kerana setiap fail yang dimuat turun atau dilarikan (run) pasti akan melalui proses saringan anti virus bagi memastikan fail atau aplikasi itu bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.

Mengikut pengalaman aku, aku telah menggunakan pelbagai jenis anti virus. Ada yang percuma, ada yang berbayar dan ada juga yang dibayarcuma… cuma pakai je. hahaha. Sampai dah terlampau tahap bosan… aku format komputer.. dan jalankan Windows, tanpa perlu antivirus pon. Kalau rosak, format semula. Habis cerita.

Anti virus je tidak cukup untuk menangkis segala anasir yang muncul bagaikan cendawan tumbuh. Pasal itulah, kebanyakan perisian anti virus pada zaman sekarang ni dilengkap dengan dinding api (firewall), anti-spyware dan anti exploit mereka sendiri.

Kalau nkorang la… Nkorang pakai brand ape pulak kat komputer nkorang? Percuma ke…. berbayar ke…? Cer cube share sikit yang mane nkorang rasa macam best pasal antivirus yang nkorang pakai tu boley?

NOTA: Rasa macam nak buat kontest… ANTI-VIRUS GIVE AWAY la… sape mau?