Dell Vostro 130 - Model nipis dikalangan Laptop Dell
Dell Vostro 130 – Model nipis dikalangan Laptop Dell

Kalau sebelum ni, masa repair laptop Dell Vostro V13, aku terlupa nak bawak SD-Card, jadi hari ni kebetulan ada sorang lagi user datang menyerahkan laptop dia untuk diselenggara. Masalah yang berlaku adalah sama, bateri dah KONG dan perlu digantu dengan baharu. Gambar-gambar dalam artikel ni, aku pakai kamera Samsung Galaxy Note 10.1 je. Jadi hari ni, kirenya nak balas dendam la.

Layan habis la kalau main MACRO ni.
Layan habis la kalau main MACRO ni.

Macro shooting adalah antara faveret photography technique. Tapi masalahnye, tak boleh nak tengung lama sangat dalam view finder. Beberapa aspek macam mata kabur, lepas sekian lama meneropong… lama nak kene tahan nafas… semua faktor-faktor tu boleh mengganggu gugat jugak ekosistem badan. Sekarang ni pon mata tengah berpinaw-pinaw belah kiri.

Skru masih "dara", Penanda biru bermaksud kekerapan skru tu dibuka.
Skru masih “dara”, Penanda biru bermaksud kekerapan skru tu dibuka.

Memang boleh pakai LIVE-VIEW, tapi untuk kepuasan MACRO, aku prefer membuat sukatan berdasarkan VIEW-FINDER. Biar mata yang tengok sendiri dari lubang jendela kamera tu. Kalau harapkan SCREEN-LED… impak foto dah tak berapa nak passion bagi aku. Cakap banyak tak guna jugak.. jom layan!

Power Supply Ribbon yang perlu dibuka secara berhati-hati supaya tidak patah
Power Supply Ribbon yang perlu dibuka secara berhati-hati supaya tidak patah
Sememangnya bateri Dell dari keluaran Jepun.
Sememangnya bateri Dell dari keluaran Jepun.
Ribbon Bateri yang telah dicabut dengan kemas
Ribbon Bateri yang telah dicabut dengan kemas
Ribbon Hard Disk ini jugak mudah rosak, dan perlu diganti sekiranya perlu
Ribbon Hard Disk ini jugak mudah rosak, dan perlu diganti sekiranya perlu
Kipas penyejuk untuk bahagian dalam laptop yang perlu dibersihkan.
Kipas penyejuk untuk bahagian dalam laptop yang perlu dibersihkan.
Kekemasan susun atur litar dan kekemasan solder diperlihatkan.
Kekemasan susun atur litar dan kekemasan solder diperlihatkan.

NOTA: Ok cukup kot takat ni. Tak larat nak main macro lama-lama. Nanti kalau ade masa, nak mencarik serangga pulak la. Kat mane ada pameran serangga ye?