Apabila sebut sahaja Windows Mobile dari HTC HD7, saya yakin ramai yang menggambarkan bahawa model kali ini sama seperti sistem operasi Windows Mobile sebelumnya. Kalau anda fikirkan begitu, maka tanggapan anda salah sama sekali. Malah lebih tersasar sekiranya anda menganggap HTC HD7 menggunakan Windows7 versi mobile.

Terima kasih kepada NoktahHitam atas penjelasan beliau mengenai Windows HTC HD7 semasa sesi #LuckyTWTup. Seven (7) yang dibelakang tu bukan bermakna telefon ini menggunakan Windows 7. Sebaliknya ia merupakan kod siri Windows mobile yang terkini. Jika sebelum ini adalah versi 6++, kini HTC membawakan Windows Mobile versi 7 untuk HTC HD-nya. Oleh yang demikian… anda boleh lupakan sahaja butan [X] yang kecik lagi menyusahkan tu… mahupun pen STYLUS yang kerap kali tercicir atau hilang.

Cukup dengan sesi membebel dalam mukhadimah kat atas. Rasanya kalau diberi peluang kat anda semua, mesti ramai yang tidak akan mensia-siakan hidup untuk menikmati sebaik mungkin HTC HD7 ni. Dari apa yang saya perhatikan untuk sudut luaran, telefon ini memang mempunyai satu bentuk yang saya sangat idamkan.  “Lebar dan Nipis”

Adakah anda inginkan telefon pintar yang cukup lengkap dengan pelbagai fungsi, tapi anda mahukan saiznya semakin kecil? Mana mungkin bukan??? Semakin banyak fungsi sesuatu telefon pintar itu, maka semakin besar la saiznya. Itu adalah salah fakta yang anda harus terima. Namun, untuk HTC HD7, kelebaran paparan screen membuatkan siapa sahaja yang menggenggamnya akan rasa berkeyakinan terhadap ciri-ciri yang dimiliki. Paparan 4.3 inchi… bagi saya ianya ukuran yang sangat bersesuaian bagi peminat gagjet multimedia masa kini.

Mari kita tengok apa lagi yang menarik dalam sesi perkenalan kita pada kali ini.

Sistem menu yang menggunakan kaedah Scrolling Kinetik maknanya… kene scroll la.. hehe. Sangat SMOOTH tanpa LAG. Kedudukan menu ini boleh di-PIN-kan untuk menjadi SHORTCUT pada paparan utama telefon ini. Menu dari paparan utama boleh di SLIDE dari kanan ke kiri. Kemudian setiap satu menu yang berada di bawah dapat dicapai dengan SCROLL dari bawah ke atas.

Selain daripada menu yang dipaparkan dalam screen utama HTC HD7 ni, ada jugak bebutang menu pintas yang diwujudkan bagi memudahkan pengguna. Butang ini adalah butang butang BACK, butang Main MENU dan juga butang SEARCH. Butang ini juga dikenali sebagai QUICK Access Button.

Selain dari butang tersebut, HTC HD7 ini juga mempunyai butang penyelaras kelantangan bunyi (VOLUME) dan juga butang kamera (CAMERA BUTTON). Dengan butang ini, anda tidak perlu nak masuk ke menu utama… kemudian cari tetapan dan sebagainya. Ciri-ciri seperti ini adalah antara ciri-ciri unik yang perlu ada pada setiap telefon pintar.

Kesesuaian sebagai mini teater, memang saya tak boleh sangkal lagi. Konsep reka bentuk HTC HD7 ini saya istilahkan sebagai “Mini Desktop Teater“. Ciri-ciri kekemasan dengan speaker yang berada pada sisi kiri dan kanan, dan… sekiranya di letakkan secara mendatar akan menampakkan HTC HD7 ini sebagai mini flat screen TV yang lengkap dengan KICK-STAND. Memang sangat sesuai la kalau nak release tension masa lunch hour kat pejabat. Sambil lunch, sambil layan movie kan?

Dari segi luaran… apa lagi yang tertinggal untuk di REVIEW? Dah tentu la kamera. Kalau nama telefon pintar, tapi tak ada fasiliti kamera digital, jadi tak payah lah panggil telefon pintar. HTC HD7 didatangkan dengan kamera 5.0Mega Pixel. Bagi saya, ianya sudah lebih dari cukup untuk menjadi LIVE Blogger. (snap picture & post to the blog – MOBILE BLOGGING)

Sayang sikit jer, HTC HD7 ni tak ada fungsi untuk direct VIDEO port sama ada HDMI atau Video output biasa. Haiihhh…  Tapi tunggu la bila ada FIRMWARE update nanti, mana tau perkara ni wujud kan?

Untuk review luaran pada kali ini, saya hentikan buat setakat ini dulu. Owh hampir terlupa… Besok (26/11/2010) adalah hari dimana HTC HD7 dibuka untuk sesiapa yang berminat memilikinya. HTC HD7 ini dibawakan khas di Malaysia oleh pihak Maxis Berhad. Kepada anda yang berminat, anda boleh melayari laman web Maxis atau terus ke cawangan  Maxis yang berdekatan.

Penafian: Apa juga yang anda perkatakan, anda harus tahu bahawa… telefon HTC HD7 ini diberi pinjaman kepada saya selama 2 minggu. Saya tidak dibayar untuk menulis, sebaliknya ianya adalah pandangan peribadi. Sekiranya anda rasa kurang selesa maka, tiada paksaan untuk terus membaca. Harap Maklum!!!

Nota: Pada siri akan datang, saya akan review sambil buat totorial macam mana nak gunakan sepenuhnya telefon HTC HD7 anda secara maksimum (sekiranya ada yang bercadang untuk membeli). Teruskan bersama saya untuk perkembangan selanjutnya.