Terima kasih FIVIO. Aku amat berpuas hati sekarang dengan mutu khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh mereka. Jika kamu nak tahu, semalam aku baru perasan… semenjak blog aku dipindahkan ke Akaun PremiumSubdomain Management aku tidak terdapat pada paparan tetapan. Ini bermakna tiada sebarang penambahan subdomain boleh dilakukan. Atas nasihat rakan-rakan, aku email kepada Admin[@]Fivio.Com untuk bertanyakan masalah ini.

Hi ,

Login to direct admin , under ” your account ” on the right side just below the FTP management there’s a subdomain management , click on it and just add a name to your sub domain and you’re done .

Thank you ,

Adely Adnan
Fivio Support

Agak kagum.. tak sampai beberapa minit, email tersebut telah dibalas kembali oleh pihak pengurusan. Erm.. efisyennye… kan??? Aku ingatkan masalah ini dah selesai. Jadi aku tangguhkan penambahan subdomain untuk aku buat pada hari ni. Malangnya, sekali lagi aku gagal kerana jika berpandukan maklumat yang diberikan, aku sepatutnya dah boleh menambah subdomain aku.

Seperti biasa, aku adalah pengomplen tegar.. satu lagi email diutuskan kepada admin FIVIO.. BAMMM… nah.. puas hati jugak lah… tak sampai beberapa saat jer.. Encik Fadhlullah dah membalas email aku. Bak kata remaja geeks masa kini, aku TERKESIMA sekejap.. hahaha… *ejaan tuh betoi ke?*

Apa-apa pon, aku ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FIVIO kerana tindakan pantas mereka. Masalah aku dah pon selesai sekarang.

P/S: Lega rasanya.. hari ni kucing dah tak mengiau menggatal dah. Dia dah dapat kawal perasaan kot. Hahaha.

P/S2: Akan datang, aku akan asingkan Live Blog dan blog utama. Tujuannya adalah untuk tidak mengecamukkan antara sumber informasi dan sumber karya. Terima kasih kepada semua pembaca setia dan juga rakan-rakan blogger.

P/S3: 30/01/2010 – Jadual paling padat dan hanya aku boleh attend satu event jer. Pada hari tuh ade TweetUP – Sembang IT oleh saudara Aman Firdaus, Mak abah aku plak nak datang umah, aku plak kena kerja *bestaaaa bery good*…. Cik Adik aku plak ade jamuan kat tempat kerja.. wohooo… padatnya.