Salam Ceria dan Salam mesra. Satu masalah jugak kalau nak import contact dari Nokia ke HTC HD7 ni sebab kawalan keselamatan ditahap yang tinggi untuk pemindahan file menggunakan Bluetooth. Masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa langkah mudah. Ingat tak lagi, yang HTC HD7 ini diintegrasi bersama akaun Hotmail LIVE ID ? Jadi di sini adalah kelebihan anda!!!

Daripada telefon nokia anda, pergi ke bahagian CONTACT. Seterusnya, carik nombor contact rakan anda yang ingin di import. Kemudian…

Tekan Option… kemudian pilih Mark atau Mark all sekiranya anda ingin importkan kesemuanya.

Seterusnya, pilih… OPTION –> Copy –> To Memory Card. Kesemua contact anda akan di IMPORT ke dalam memory card dalam bentuk *.VCF. Untuk mendapatkan kesemua file-file dalam bentuk *.VCF ini, ianya berada dalam folder OTHERS\Contacts\ memory card anda.

Seterusnya buka Windows LIVE Mail anda, kemudian pergi ke bahagian CONTACT.

Daripada sini, pergi ke bahagian TOOLS MENU, kemudian tekan butang import dan pilih Business Card (.VCF). Sila cari file *.VCF yang berada di dalam Memory Card anda di bahagian Others\Contacts. Pilih kesemua sekali yang telah di eksport di memory card Nokia anda.

Bila dah selesai proses import….. Maka dah selesai la. Sila pastikan Windows LIVE ini menggunakan akaun Hotmail (LIVE ID) anda. Dalam masa yang sama… Pastikan telefon HTC HD7 anda juga telah berada di dalam talian internet dan menggunakan akaun HOTMAIL (LIVE ID) yang serupa.

Ok selesai… dah siap. Anda boleh perhatian telefon HTC HD7 anda akan mengemaskini CONTACT anda secara automatik dan LIVE. Tak perlu lagi nak pening kepala. Apa saja perubahan terhadap CONTACT yang anda lakukan di Windows LIVE Mail, ianya akan memberi kesan terhadap CONTACT LIST di telefon HTC HD7 anda. Tahniah… anda hebat!!!!

Nota: Tutorial ini juga mungkin berguna untuk rakan-rakan #Maxis10 HTC HD7. Selamat Mencuba!