Ini semua wajah-wajah mereka yang sekeliling aku. Erk.. kecuali RAMBO tu.
Ini semua wajah-wajah mereka yang sekeliling aku. Erk.. kecuali RAMBO tu.

Melukis bukan menggunakan transformasi gambar original kemudian di-“convert” kepada kartun… tidak tidak… bukan itu. Ini melukis, betul-betul melukis.. dan ianya bukan satu tugasan yang mudah. Namum begitu, promosi aka perkhidmatan baru ni, hanya untuk mereka yang suka kepada kartun dan memahami akan dunia kartun daaaannnn…. tak kesah mengapa dan kenapa kartun itu sebegitu.

Jika anda membayar upah untuk wajah anda dikarikaturkan… maka janganlah anda anggap, wajah tersebut akan dilukis sesempurna umpama mengambil gambar… bukan… bukan macam tu. Teknik karikatur ni, terdapat dalam 3 langkah. Pertama Normal Caricature, dan Mild dan Wild. Untuk kategori yang aku lukis adalah dalam range Mild + Wild = Exaggeration. Kadang-kala, ada juga normal.

Untuk memahami apa yang aku merepek kat perenggan atas, anda semua boleh membuat semakan kata kunci yang diberi di internet. Jika malas, seperti biasa aku ada sediakan pautan pantas. Sila klik pada pautan untuk melihat laman web Caricature Malaysia yang selevel antarabangsa. (Boleh juga semak harga beliau).

Tapi untuk perkhidmatan aku.. yaa… sebagai harga pengenalan… aku cuma letak RM40.00/pcs @ satu wajah sahaja. Bagaimanakah procedure nak menempah?

  • Add aku kat Facebook – http://fb.me/azmanishak
  • Semasa request friend, cakap nak tempah karikatur (jika tidak, aku tak approved friend)
  • Selepas aku dah add friend, boleh berbincang, dan muat naik gambar.
  • Dalam process penyiapan.. aku akan tunjukkan gambar.
  • Jika berpuas hati.. buat bayaran.
  • Setelah menerima bayaran, dua file akan diberi (JPEG dan RAR sebagai backup)
  • Semua urusan menggunakan internet.
  • Tolong jangan memberi arahan, kerana arahan akan melimitkan kreativiti aku.