Tadi aku bawak mama Amirul pergi salon. Malas gile nak tunggu sampai siap. Biasa lah, kalau orang pompuan ni ke salon…. kita ni bajed dalam kepala… KONFEM LAMBAT. So, aku pon takkan nak tunggu kat dalam salon tu sampai siap… toksah kata Amirul bosan… aku pon dua kali bosan. Lepas tu terus je cakap nak pergi AEON AU2, bawak Amirul tengok air pancut.

Sesampai je kat AEON Jusco tu… terus naik exclator.. terus la bertembung dengan air pancut tu. Amirul dari jauh dah tak sabar-sabar nak main air. Mula-mula dia macam kaver hensem… lepas tuuuu… lencunnnn. Kat bawah ni… ni lah aksi dia selama 20 minit kat AEON Jusco AU2 sementara nak tunggu mama dia siap gunting rambut.

Siap ade member plak tu... sakan betullll depa ni.
Seronoknya alam diaorang kan... tadek apa penghalang.
Sorang berlagak hensem dalam air pancut... Sorang lagi jadi The FLASH
Kalau boleh.. nak suruh abah potong jer kolam air pancut ni.. pasang kat rumah

 Nota: Dah besar dah anak abah… dah macam-macam perangai dah sekarang ni. Masa nak bawak balik…Amirul mengamuk.. tak puas main air la tu. Abis baju abah dia basah. Mujur dalam kereta memang bawak baju spare.