Alhamdulillah… Bersyukur sesangat, akhirnya cita-cita untuk ada dSLR sendiri tercapai. Sila jangan bandingkan Nikon atau Canon sebab saya memang tidak berkemampuan. Ini jer yang SEKUFU dan mampu dimiliki bak kata AmanFirdaus.Com mbuahaha….

Model ini adalah Sony Alpha290 dSLR. Harga lebih kurang RM1.5k termasuk lense (18-55) dan 8GB memory card yang semestinya lengkap dalam satu pakage. Fungsi lain… Sama je macam SLR lain.. Ada HDMI PORT, dual slot memory card, USB PORT dan memacam lah… Cuma kelemahan dia tak da LIVE VIEW dengan VIDEO RECORDING. Nak video, sila beli videocam!!!

Terima kasih kepada @Noktahhitam dan @Zamfoto atas nasihat dan pandangan. Kata mereka berdua… Model kamera tu tak berapa nak pusing sangat, yang penting SIAPA YANG MEMEGANG KAMERA TERSEBUT.

Nota: Saya kira ini hobi baru yang akan kurangkan masa  saya terconggok depan pc. Saya perlukan satu hobi riadah bersama keluarga. Rasanya ini yang sesuai kot?

Sent from my Windows Phone