Live Update: 8 Aug ’10, 3.58pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Alhamdulillah, bersyukur pada tuhan. Segala persoalan kini sudahpun terjawab. Dari anak apa, bila bersalin, nama dia… saya catatkan secara ringkas di sini. Pengalaman menjadi bapa adalah satu perasaan yang sukar nak cakap. Betapa manisnya nikmat tuhan ni, hanya orang yang bertuah mampu menilainya.

Kalau nak ikutkan, banyak perkara saya nak berkongsi di sini. Tapi secara ringkasnya saya rumuskan:

Nama: Muhammad Amirul Amin Bin Muhamad Azman.
Umur: 01hari.
Berat: 2.80kg
Jantina: Lelaki (offkoss…)
Waktu dilahirkan: 03.30am
Tarikh lahir: 08/08/2010

Maksud nama: Muhammad (Muhammad) pemimpin/ketua (Amirul) yang benar (Amin)… Bersempena nama jolokan/nickname Nabi Muhammad kita S.A.w.

Saya berharap dan berazam untuk mendidik dia menjadi seorang insan yang berguna. Menjadi seorang pemimpin yang jujur dan amanah. Tak mampu jadi pemimpin dunia, jadi pemimpin negara. Kalau tak mampu jugak, cukup lah sekadar dia mampu memimpin dirinya ke jalan Allah…

Nota: Syukur Ya Allah akan nikmat mu ini. Ianya lebih bernilai dari emas, intan dan berlian di hatiku.

Nota2: Owh ye… Saya nak buat sikit pembetulan satu perkara. PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA masih belum mesra suami. Saya sempat jenguk isteri dan baby tak sampai 3 minit, dah dipaksa keluar sebab masa lawatan dah tamat. Rasa nak komplen kat #kakikomplen je!