Live Update: 30 Dec ’09, 1.31pm MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Tahun depan aku dapat rasakan yang dugaan bakal ditempuhi makin mencabar. Kesan kejatuhan ekonomi tempoh hari masih lagi aku rasakan. Meskipun sekarang ni ada nampak lah jugak rakyat kita dah kembali mewah berbelanja. Tapi tahukah kita, ada juga rakan kita terus hilang pekerjaan?

Dari apa yang aku lihat sekarang ni, pekerjaan memang banyak. Tapi masalahnya adalah gaji. Kompeni besar-besar memang menyediakan peluang pekerjaan yang tetap. Lengkap dengan kemudahan pelbagai, termasuk rawatan percuma untuk kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan. Malangnya… gaji yang ditawarkan pulak mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kos sara diri. Lebih-lebih lagi nak mengharungi kehidupan kat kota raya. Boleh jadi tertekan juga kalau tak bersedia dari sekarang. Tahun depan, insyaallah nak menimang cahaya mata. Jadi, usaha nak kena lipat ganda lah~

Kadang-kala hidup kita ni ada yang naik, dan ada yang turun. Peluang yang datang pun kadang-kala hanya sekali. Owh kawan-kawan… Aku sebenarnya mendapat tawaran kerja di tempat baru. Secara puratanya, tugas melibatkan website, server, advertising dan designing. Memang pekerjaan yang sebegini aku nak dari dulu lagi. Tapi, boleh ke? Memandangkan ianya merupakan kompeni yang baru ditubuhkan. Baru nak bertapak dan bersaing dalam bidang perniagaan. Kalau bungkus? Aku nak bagi makan apa kat anak bini aku? Adoi ai~

P/S: Risau jugak ne… Suka dengan tawaran. Tapi risau jangkamasa panjang. Apa pendapat kamu?